Tiga buaya keluar dari ‘bawah tanah’

Tiga buaya keluar dari ‘bawah tanah’

Tiga buaya keluar dari 'bawah tanah'
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden berkenaan.

New Delhi: Menggemparkan apabila sekumpulan lelaki di India menemui tiga buaya hidup di bawah tanah di kawasan perumahan mereka, baru-baru ini.

New York Post melaporkan, penduduk mendakwa mereka sering mendengar bunyi dari bawah kawasan kaki lima, yang sudah retak.

Tiga buaya kemudian ditemukan di kaki lima yang retak itu. Haiwan itu yang ‘muncul’ dari bawah tanah dan dipercayai cuba mencari jalan keluar.



Dalam klip video Instagram (IG) @mksinfo.official yang meraih lebih 930,000 tontonan, orang ramai kelihatan berkumpul untuk menangkap reptilia itu, sebelum ia terlepas.

Pada mulanya, seorang lelaki memakai but dan pakaian merah, menggunakan alat untuk menjerut kepala seekor buaya.

Ketika cuba menangkap haiwan itu, buaya kedua tiba-tiba keluar dari retakan tanah itu.

Mereka yang berada di situ tergamam melihat kemunculan buaya lain dari retakan tanah itu,



Buaya kedua keluar dari simen yang pecah dan menuju ke arah individu yang merakamkan insiden berkenaan. Lelaki itu kemudiannya melompat kerana ketakutan dan berpaut pada tiang.

Sementara itu, reptilia ketiga masih tidak bergerak, tertimbus di bawah simen dan hanya menunjukkan ekornya.

Bagaimanapun, jika ada bayi yang menangis di berhampiran kawasan itu, reptilia terbabit mungkin melakukan serangan.

Ini kerana penyelidikan baharu mendapati bahawa pemangsa amfibia terutamanya buaya tertarik kepada jeritan bayi yang ketakutan dengan cara yang tidak diketahui oleh hidupan liar lain, menurut The Royal Society.



Tiga buaya keluar dari ‘bawah tanah’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button