Kapal karam, 11 warga Indonesia hanyut diselamatkan feri dari Dumai

Kapal karam, 11 warga Indonesia hanyut diselamatkan feri dari Dumai

Kapal karam, 11 warga Indonesia hanyut diselamatkan feri dari Dumai
Foto hiasan.

MELAKA: Sebelas warga Indonesia termasuk seorang wanita diselamatkan selepas ditemui terapung di laut berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, dekat sini, apabila bot dinaiki mereka karam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, semua mangsa diselamatkan kakitangan Feri Indomal Kingdom yang kebetulan melalui kawasan terbabit tengah hari tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 1.37 tengah hari daripada kapten feri berkenaan.



Katanya, berdasarkan laporan kapten berusia 39 tahun itu memaklumkan sedang membawa feri berkenaan daripada Dumai, Indonesia menuju jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.

“Dalam perjalanan di kawasan sempadan perairan Indonesia, pengadu mendapati 11 orang dalam keadaan terapung di permukaan laut.

“Pengadu dan kakitangan feri menyelamatkan semua yang masih hidup dengan membawa mereka menaiki feri dan terus menuju jeti ICQS Melaka,” katanya ketika dihubungi.

“Mangsa wanita yang mengalami sesak nafas akibat lemas kemudian dirujuk ke Hospital Melaka, namun keadaannya stabil.



“Baki 10 mangsa lain juga stabil, namun akan turut dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya memaklumkan semua mangsa akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Melaka untuk tindakan lanjut.

Kapal karam, 11 warga Indonesia hanyut diselamatkan feri dari Dumai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button