Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?

Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?

Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?

Seperti yang dilapurkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan 4 tuduhan ke atasnya.

Sebelum ini Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan pertuduhan itu pada 18 April lalu.

Beliau memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu.



Dalam permohonan yang sama, beliau memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Melalui afidavit itu, Muhyiddin mendakwa 4 tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.

Serta ianya bercanggah dengan Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, 4 pertuduhan berkenaan tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM.



“4 pertuduhan ini tidak mematuhi keperluan mandatori Seksyen 154 KTJ, adalah hal keadaan luar biasa yang mewajarkan saya melaksanakan kuasa sedia ada”.

“Bercanggahan dengan Seksyen 154 KTJ, responden (pendakwaan) gagal mengkhususkan bagaimana kesalahan salah guna kuasa dilakukan,” jelas Muhammad Jamil.

Adakah Ia Bermaksud Bahawa Muhyiddin Sememangnya Tidak Bersalah?

Sebenarnya, Muhyiddin belum dibicarakan lagi dan belum bebas dalam perbicaraan.

Alasan dilepaskan adalah kerana pertuduhan cacat dan hakim anggap ia tidak bertentangan Akta SPRM 2009.



Pertuduhan cacat tidak bermakna tiada prima facie dalam kes tersebut.

Prima facie wujud tapi ada kelemahan pendakwaan dari sudut teknikal.

Pertuduhan sudah dikemaskini dan diperbaiki oleh pendakwaraya bagi tujuan pendakwaan semula.

Kesemua pertuduhan ke atas Muhyiddin ada 7 dan pertuduhan yang cacat ada 4.



Ini bermakna, 3 lagi pertuduhan ke atas Muhyiddin akan dibicarakan dan sekiranya pertuduhan semula ke atas 4 kes yang digugurkan diterima mahkamah, ianya akan dibicarakan.

Ada beza antara mahkamah mendapati tidak bersalah selepas perbicaraan dengan mahkamah menggugurkan pertuduhan atas kelemahan teknikal.

Yang menjadi persoalan kepada penulis, bagaimana Peguam Negara boleh tidak menyedari kelemahan teknikal dalam kertas pertuduhan?

 



Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button