Peluang rebut tempat ke kelayakan Piala Asia B-23

Peluang rebut tempat ke kelayakan Piala Asia B-23

Peluang rebut tempat ke kelayakan Piala Asia B-23
PENGENDALI skuad B-23 negara, E. Elavarasan (tengah, baju hitam) sedang memerhatikan pemain jalani latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Aksi di Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) AFF 2023 bakal menyajikan peluang keemasan buat pemain untuk merebut tempat bagi mewakili negara ke kelayakan Piala Asia B-23, bulan depan.

Ia diakui sendiri oleh bintang muda negara, Mohd Aiman Afif Md Afizul namun tidak akan bersikap tamak dan bersedia untuk bantu pemain baharu menyesuaikan diri dengan cara pengendali pasukan, E. Elavarasan.

“Skuad kali ini ramai muka baharu dan ia peluang buat pemain tunjukkan bakat sebelum ke pertandingan seterusnya. Sudah pasti pertandingan B-23 AFF kali ini jadi platform untuk kami pikat perhatian jurulatih.



“Ia tanggungjawab besar (bantu pemain baharu) tetapi dengan senarai pemain kita ada sekarang, kita boleh jadi pasukan yang lebih baik untuk hadapi pertandingan kali ini,” katanya.

Skuad negara yang berada dalam Kumpulan B akan buka tirai Kejuaraan B-23 AFF 2023 menentang Indonesia, Jumaat ini di Stadium Rayong Province diikuti aksi kedua bertemu Timor Leste, 22 Ogos ini.

Selepas tugasan ini, skuad negara akan hadapi kelayakan Piala Asia B-23, bulan depan, juga akan dilangsungkan di Thailand.

“Saingan kali ini tetap sukar namun kami kena kutip mata dalam setiap perlawanan. Setiap pertandingan pasti akan ada target dan semua pemain akan lakukan sehabis baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Peluang rebut tempat ke kelayakan Piala Asia B-23


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button