Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City
Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City
DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh boleh dikatakan sebagai peminat No. 1 skuad KL City selepas banyak membantu aspek pembangunan termasuk kejayaan pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.
Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkata, tidak ramai yang mengetahui bahawa sebenarnya kejayaan skuad Warga Kota sebenarnya banyak dibantu oleh Datuk Bandar menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Bagi saya Datuk Bandar (Kamarulzaman) umpama wira yang jarang didendangkan. Penglibatan Datuk Bandar kepada pembangunan bola sepak di KL ini cukup besar sekali.
“Sumbangan dana yang diberikan kepada KLFA banyak membantu persatuan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan di sekitar KL.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Malah, KLFA yang turut memegang sebahagian saham dalam KL City juga kita berikan dana daripada DBKL untuk memastikan KL City bersaing dalam Liga Malaysia.
Sebagai rekod, Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar perancangan Kuala Lumpur.
KL City turut mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila mara ke pentas final tiga tahun berturut-turut pada saingan Piala Malaysia edisi 2021, Piala AFC (2022) dan Piala FA musim ini.
Mereka berjaya menjulang trofi Piala Malaysia dan meraih status naib juara pada saingan Piala AFC dan Piala FA. – KOSMO! ONLINE
Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?
- Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :