Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City

Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City

Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City
KL City berjaya menjulang trofi Piala Malaysia edisi 2021 dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final. – Foto ihsan KL City

DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh boleh dikatakan sebagai peminat No. 1 skuad KL City selepas banyak membantu aspek pembangunan termasuk kejayaan pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.

Peranan selaku ‘tulang belakang’ Kamarulzaman dalam memastikan bola sepak di bandaraya ini dapat berdaya saing mendapat pujian serta penghargaan daripada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkata, tidak ramai yang mengetahui bahawa sebenarnya kejayaan skuad Warga Kota sebenarnya banyak dibantu oleh Datuk Bandar menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bagi saya Datuk Bandar (Kamarulzaman) umpama wira yang jarang didendangkan. Penglibatan Datuk Bandar kepada pembangunan bola sepak di KL ini cukup besar sekali.



“Sumbangan dana yang diberikan kepada KLFA banyak membantu persatuan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan di sekitar KL.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.


“Malah, KLFA yang turut memegang sebahagian saham dalam KL City juga kita berikan dana daripada DBKL untuk memastikan KL City bersaing dalam Liga Malaysia.



“Kita perlu berterima kasih kepada Datuk Bandar yang sentiasa mengambil berat dan cakna tentang bola sepak di KL ini,” katanya yang juga Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebagai rekod, Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar perancangan Kuala Lumpur.

KL City turut mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila mara ke pentas final tiga tahun berturut-turut pada saingan Piala Malaysia edisi 2021, Piala AFC (2022) dan Piala FA musim ini.

Mereka berjaya menjulang trofi Piala Malaysia dan meraih status naib juara pada saingan Piala AFC dan Piala FA. – KOSMO! ONLINE

Datuk Bandar jadi ‘tulang belakang’ KL City


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button