MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa

MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa

MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa
MYAIRLINE. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia MYAirline Sdn Bhd menawarkan dua pilihan perjalanan untuk penuntut di kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui FLYsiswa dan Program Penuntut MYAirline.

Dalam satu kenyataan, ia berkata, inisiatif FLYsiswa Kementerian Pengangkutan memberikan baucar RM300 untuk pembelian tiket penerbangan kepada penuntut yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam di seluruh Malaysia.

“Baucar itu boleh ditebus untuk satu atau beberapa pembelian penerbangan sehingga 31 Disember 2023, dengan tempoh perjalanan sehingga akhir Mac 2024,” kata syarikat penerbangan itu.



Untuk memanfaatkan inisiatif tambang penerbangan FLYsiswa, penuntut yang layak perlu mengesahkan kelayakan mereka di subsidiudara.mot.gov.my, dan terus mendaftar di halaman pendaftaran FLYsiswa MYAirline, katanya.

Selepas itu, syarikat penerbangan itu berkata, penuntut akan dikehendaki memasukkan kod unik mereka semasa proses tempahan di tapak web MYAirline.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan



“Dengan lebih 2,700 penuntut berdaftar sejak dilancarkan pada Jun 2023, program ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan perbelanjaan perjalanan bagi penuntut yang ingin pulang ke tanah air atau mereka yang ingin meluaskan perjalanan hidup mereka dengan pengalaman baharu,” katanya.

MyAirline juga berkata, penuntut yang layak boleh membeli tempat duduk saat akhir (dasar siap sedia) pada hari pelepasan penerbangan di kaunter daftar masuk lapangan terbang.

Tambang sehala dari Terminal 2 KLIA ke semua destinasi operasi MYAirline di Sabah dan Sarawak, adalah RM130, manakala tambang sehala dari Terminal 2 KLIA ke semua destinasi operasi MYAirline di Semenanjung Malaysia, ialah RM80.



Kerajaan memperkenalkan inisiatif subsidi bernilai RM300 untuk pembelian tiket penerbangan penuntut universiti awam bagi laluan domestik antara semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bermula pada 15 Ogos.

MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading