Nelayan maut, dua cedera pendingin hawa bot meletup

Nelayan maut, dua cedera pendingin hawa bot meletup

Nelayan maut, dua cedera pendingin hawa bot meletup
Mayat nelayan yang meninggal dunia selepas pendingin hawa bot meletup dibawa ke jeti PPM Mersing. Foto ihsan Maritim Malaysia

MERSING: Seorang nelayan maut, manakala dua lagi cedera selepas bot dinaiki mereka meletup pada kedudukan empat batu nautika barat laut Pulau Tinggi Mersing, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah Muhmad Arodi Sulaiman, 43, manakala nelayan yang cedera ialah Mohd Nazri Che Soh, 43, dan Mamat Man, 59.

Tekong bot berkenaan, Mohd Ariffin Mohamed, 57, berkata letupan dipercayai berpunca daripada kerosakan pendingin hawa.



“Letupan itu disusuli sambaran api dan terus terkena kru yang berada di kawasan anjungan bot kami,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua mangsa dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing.

“Mangsa yang cedera menerima rawatan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, bantuan awal diberikan sebuah bot ronda Maritim Malaysia, Perkasa 44 yang sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Mersing ketika kejadian.



Nelayan maut, dua cedera pendingin hawa bot meletup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading