Puteri Sarah: ‘Comeback’ diterima baik

Puteri Sarah: ‘Comeback’ diterima baik

Puteri Sarah: 'Comeback' diterima baik
PUTERI Sarah bersyukur rezeki tidak putus dengan kerjaya lakonan semakin mendapat tempat di hati peminat

SEJAK dari awal tahun hingga kini, nama Puteri Sarah Liyana, 38, menjadi perhatian ramai.

Malah, bukan hanya ‘hangat’ dengan kisah peribadinya namun dia juga membuktikan kecemerlangan dalam kerjaya lakonan.

Menutup rapi kisah kepedihan hidupnya yang dianggap sudah berlalu, ibu dua anak ini enggan menoleh ke belakang lagi melainkan terus ‘move on’ untuk mencari kebahagiaan dirinya.

Dia kini menikmati kebahagiaannya dengan rezeki kerjaya yang tidak putus sebagai pelakon termasuk pembabitan dalam perniagaan di Indonesia bersama rakan kongsi.



Katanya, dia gembira kerjaya lakonan semakin bersinar dan melangkah jauh.



“Walaupun pernah menyepi lama dalam lakonan selepas berumah tangga dulu, namun saya bersyukur ‘comeback’ dibuat dalam beberapa tahun ini diterima baik penonton.

“Malah, tawaran watak yang saya terima juga pelbagai. Saya tidak hanya berlakon watak baik, tapi watak jahat sebagai Munirah dalam drama Hijrah Jannah. Teruk saya dikecam dengan watak itu.

“Alhamdulillah, saya positif saja kerana memang tahu Munirah akan kena kecam teruk. Maknanya saya berjaya bawakan watak itu dengan baik,” katanya mengakui gemarkan cabaran.

Turut cemerlang dengan watak baik sebagai Umairah yang ‘cakap lepas’ dalam drama Andai Itu Takdirnya, Puteri Sarah berkata, dia berlakon kerana minat dan setiap watak diterimanya adalah tanggungjawab.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan

“Saya memang mencari-cari watak jahat seperti Munirah yang psiko itu. Alhamdulillah saya dapat melakonkan watak Munirah dengan baik.

“Segala kecaman netizen buat saya terhibur kerana penonton marah. Maknanya, lakonan saya dan watak itu menjadi,” katanya.



Puteri Sarah: 'Comeback' diterima baik
KINI jalani kehidupan yang gembira.

Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri dan Usin UFO ini berkata, dia teruja dapat beraksi di pentas teater sekali lagi dengan kerjasama produksi Janna Nick pula.

Terdahulu, Puteri Sarah yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 39, pada 8 Mac 2014 sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti ini memaklumkan dia bakal mengerjakan umrah pada Oktober depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford




Masih terima mesej aneh

Mengakui kehidupan selebriti masa kini yang aktif di media sosial, Puteri Sarah berkata, dia masih menerima mesej aneh dan pelik daripada individu tidak dikenalinya di Instagran. Namun dia memilih untuk mengabaikannya.

“Masih ada mesej aneh dikirimkepada saya di Instagram. Tapi, saya biarkan saja kerana tiada keperluan untuk dilayan.



“Lagipun, saya dah dapat apa yang diinginkan dan tak perlu pening kepala lagi. Sekarang, saya hanya fokus pada anak-anak dan karier. Apa orang nak kata, biarlah,” katanya.

Mengulas tahap lakonannya yang dilabel serba boleh, Puteri Sarah berkata, dia seorang yang amat bersungguh-sungguh ketika bekerja kerana mahu hasil terbaik.

“Alhamdulillah, jika lakonan saya sekarang sudah di tahap serba boleh. Ini kerana, saya mendapat watak-watak yang bagus untuk dibawakan, seiring dengan matlamat minat saya terhadap lakonan.

“Saya banyak dapat watak mencabar dan ia sangat kena dengan saya. Syukur kepada Allah, sebab itu yang saya nak,” katanya turut berlakon filem arahan Hanung Bramantyo di Indonesia.

Puteri Sarah: ‘Comeback’ diterima baik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button