Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan  “dwi standard”

 

Oleh – Adam Malik


Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan  "dwi standard"
Mahathir Mohamad

 

Mahathir kata Kerajaan “dwi standard” sebenarnya beliau mengata kepada diri sendiri.



Beberapa hari lalu Tun Mahathir telah dipanggil oleh Polis untuk disoalsiasat.

Atas sebab hal ini, Mahathir telah marah dan mengecam kerajaan sebagai mengamal dasar “dwi standard”.Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan  "dwi standard"

 

Mahathir juga mendakwa kerajaan hari ini sudah menjadi sebagai “police state” yang bermaksud kerajaan kuku besi yang tidak amal kebebasan bersuara.



Sesiapa bersuara akan ditangkap, itulah gambaran yang Mahathir cuba lontarkan.

Sebenarnya semua dakwaan Mahathir itu sekadar persepsi sahaja untuk usaha Mahathir jayakan niat untuk jatuhkan kerajaan yang mendakwanya.

Mahathir sebagai seorang tua yang bertaraf Negarawan sepatut tahu tentang  apa apa larangan berkenaan isu sensitif 3R.

Religion, Race dan Royal sangat menjadi isu sensitif bukan sahaja untuk Mahathir, bahkan siapa siapa pun akan kena panggil beri keterangan jika bermain isu 3R ini.



Untuk makluman, Mahathir dipanggil beri keterangan berkenaan entri yang dibuat  dilaman fesbuk nya berkaitan perkauman.

Sebelum ini, Mahathir pernah disoslsiasat berkenaan kenyataan berkenaan Sultan dan Raja.

Amat tidak sesuai kenyataan “double standard” keluar dari mulut Mahathir.

MAHATHIR SENDIRI AMALKAN “DWI STANDARD”

Banyak perkara “double standard” telah berlaku datang dari Mahathir sendiri ketika berkuasa dulu.



Kisah liwat 1.0 Anwar Ibrahim dan kisah Semburit Azmin boleh dijadikan contoh. “double standard” Mahathir.

Kemudian kes Ahmad Zahid Hamidi juga.

Kes dimana Zahid didakwa terima wang UKSB misalnya.

Pada kes itu Zahid didakwa terima rasuah namun, Muhyiddin Yassin , Hishamuddin , Khairy Jamaluddin dan termasuk Mahathir sendiri tidak kena dakwa walaupun nama Mahathir disebut oleh saksi sebagai kod “Kedahan” dalam daftar ledger pemberi.



Kes terhadap Zeti Aziz juga boleh dijadikan contoh.

Banyak lagi contoh termasuk 6 kes terhadap Najib Razak yang sudah dicop tiada kes” tetapi tetap diteruskan dakwaan oleh AD lantikan Mahathir ,Tommy Thomas.

Ini semua perbuatan perbuatan pilih kasih dan ketidakadilan yang terjadi dibawah batang hidung Mahathir.

Sepatut Mahathir duduk diam dan tidak lagi ganggu rakyat dengan kenyataan persepsi dan menghasut.



Jika tidak membantu negara, usah lah Mahathir menggangu negara  kerana penting diri sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button