Mahathir akan gelabah di Mahkamah.

 

Oleh – Adam Malik


Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
Mahathir-TS Apandi

 

Hari ini demi hendak membela diri berkenaan kenyataan Zeti Aziz , Tun Mahathir telah memberi kenyataan kepada mahkamah.



Antara kenyataan diberi oleh Mahathir adalah sebab sebab mengapa beliau memecat Tan Sri Appandi Ali.

Pada pendapat Mahathir kononnya TS Appandi dipecat sebab tidak bertindak mendakwa Datuk Seri Najib Razak.

Kononnya Zeti telah berjumpa dan memberitahu Appandi tentang salah laku Pegawai pegawai 1MDB termasuk DSNR namun Appandi tidak bertindak.

Mahathir menganggap ini sebagai tindakan mengabaikan tugas oleh TS Appandi.



Mahathir akan gelabah di Mahkamah.

Pada kenyataan Appandi satu waktu dulu, beliau tidak nampak kesalahan pun untuk bertindak.

Tambah lagi kes juga belum wujud.

Perkara banyak dilakukan melalui Board of Directors dan keputusan disetujui mesyuarat.



KEPUTUSAN DIPERSETUJUI LEMBAGA PENGARAH DAN BUKAN NAJIB SEORANG

Bukan oleh Najib seorang sahaja.

Namun, di Mahkamah, itulah yang Mahathir nyatakan.

Mahathir pernah mengarahkan Sri Ram pergi kerumah TS Appandi untuk memberi arahan dari Mahathir untuk menangkap Najib.

Pada hari ini Mahathir dipanggil memberi keterangan untuk mengesahkan kenyataan Zeti yang banyak bercanggah serta serba “tidak tahu” pada soalan pihak peguam Najib.



Apapun, yang harus diketahui adalah hasrat Mahathir untuk membunuh karatur Appandi demi menghadapi panel siasatan RCI berkenaan penyerahan Pulau Batu Puteh secara tergesa gesa dan tidak menunggu penubuhan kabinet terlebih dahulu oleh Mahathir.

TS Appandi ada lah Ketua panel penyiasat terhadap kes penyerahan Pulau Batu Puteh itu.

Inilah Mahathir dengan pelbagai cara melepaskan diri.

Mahathir tidak pula beri kenyataan di media dan mengulas tentang AG lantikannya Tommy Thomas telah khilaf mendakwa Najib Razak bila bukti dokumen memo dari pejabat AG telah terbocor bahawa Enam kes terhadap Najib berkaitan IPIC sudah pun diklafisikasikan sebagai “tiada kes untuk dakwa” tapi tetap dakwa juga.



Inilah yang sepatutnya disebut sebagai ” menyalahi kuasa” atau “power abuse”.

Berkenaan ini pasti Mahathir akan tukar mode “tak tahu”.

Sebenarnya  jika diperhatikan, kes kes dimahkamah terhadap Najib sebenar nya bukan membicarakan Najib tetapi membicarakan Mahathir sebagai pencipta kes dan  membicarakan kroni kroni nya.

Sudah banyak cacat cela didapat pada semua kes terhadap Najib.



Rakyat hanya perlukan perhatikan sahaja seluruh drama ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button