Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?

Oleh – Bakhtiar Omar


 

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



Mengikut kalendar hari ini genap setahun Dato Sri Najib Razak berada di Kajang bagi menjalani hukuman yang dijatuhkan keatas beliau. Adakah beliau (Najib) akan terus dianiaya dengan pendakwaan yang sepatutnya boleh digugurkan?

Paling menarik apabila satu dokumen berkaitan kes IPIC telah terbocor dan menjadi perhatian seluruh negara. Dalam dokumen tersebut, pasukan pendakwaan AGC sendiri (keseluruhan 7 orang DPP dan 5 orang IO) telah menyimpulkan bahawa 6 tuduhan terhadap Najib “tidak berdaya dan malah tidak memenuhi keperluan atau ambang minimum untuk dibawa ke mahkamah pun”.

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?

Memo dalaman juga mendedahkan bahawa AGC telah mewawancara 138 orang saksi dan tidak satu pun kenyataan saksi yang menyokong kes pendakwaan.

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



Saksi utama kes 1MDB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz juga menarik perhatian banyak pihak. Bekas Gabenor Bank Negara itu banyak menjawap soalan dari pasukan Peguambela Najib dengan jawapan “i have no knowledge”, “I don’t know”, “i don’t aware” sehingga menimbulkan kelucuan bagi para pemerhati dalam Mahkamah.

Malah, Zeti juga mengheret Tun Mahathir dalam jawapan beliau kepada Mahkamah sehingga Hakim mengarahkan agar Mahathir dibawa ke Mahkamah bagi menjelaskan keterangan Zeti.

Jangan lupa, Tommy Thomas pernah mendedahkan Zeti antara individu yang sepatutnya diheret kerana penglibatan dalam 1MDB.

Genap setahun Najib di Kajang, banyak pembongkaran kelemahan kes terhadapnya, namun demikian beliau masih menjalani hukuman yang dikira sudah tidak relevan.



Adakah ada sebab lain yang menghalang pembebasan Najib?

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?

Tidak mahu mencampuri urusan Mahkamah, apa yang dibangkitkan hanyalah kelemahan kes serta bukti-bukti yang semakin menyebelahi Najib. 

Roger Ng dan Tim Liessner perlu dibawa ke Malaysia seberapa segera bagi membuktikan samada Najib benar-benar terlibat atau ada ‘tangan ghaib’ yang menyebabkan Najib dipenjarakan.



Rakyat semakin sedar Najib adalah figura yang selama ini mengutamakan rakyat dalam karier politik Malaysia dan beliau sepatutnya tidak menerima nasib ke Kajang.

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading