MotoGP: Zarco tinggalkan Ducati sertai Honda

MotoGP: Zarco tinggalkan Ducati sertai Honda

MotoGP: Zarco tinggalkan Ducati sertai Honda
ZARCO memilih untuk menyertai LCR bermula musim depan selepas menerima tawaran lebih menarik berbanding bersama Ducati. – AFP

AUSTRIA – Selepas tiga tahun bersama Prima Pramac, Johann Zarco akhirnya membuat keputusan berpisah dengan pasukan Ducati tersebut pada penghujung musim ini dengan menyertai pasukan LCR Honda bagi menggantikan tempat Alex Rins.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Ducati terdesak untuk menawarkan tempat kepada pelumba VR46, Marco Bezzecchi dalam pasukan itu dengan memberikan jentera 2024 sekali gus membuatkan kedudukan Zarco terancam.

Tindakan tersebut dibuat kerana Ducati bimbang Bezzecchi akan beralih menyertai pasukan Yamaha kerana pasukan Jepun itu bercadang untuk membina pasukan satelit mereka selepas ini.



Keadaan tersebut menyebabkan Zarco hanya diberikan pilihan untuk kekal semusim sahaja lagi pada tahun depan dan menawarkan tempat (turun pangkat) ke Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) pada musim seterusnya.

Bagaimanapun, LCR Honda pantas menawarkan peluang lebih baik kepada Zarco dengan kontrak dua tahun sehingga 2025 dan pilihan lanjutan sehingga 2026.

“Saya telah berfikir sejak beberapa minggu hal itu (kontrak). Biarpun meraih keputusan terbaik selama tiga tahun bersama pasukan Pramac, sangat sukar menandatangani kontrak lanjutan semusim lagi.

“Kini ada banyak pelumba Ducati yang kompetitif dan mereka masih muda. Tawaran dan perbincangan bersama Honda serta kepercayaan yang diberikan Lucio Cecchinello (Pengurus Pasukan LCR) cukup menarik.



“Walaupun mereka (Honda) bergelut sekarang, mereka mempunyai peluang untuk kembali, jika mereka menemui jalan yang tepat dalam pembangunan. Jadi, saya akan berbangga jika saya boleh menjadi sebahagian daripada kebangkitan Honda,” kata Zarco.

Pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Austria, Zarco sekadar menamatkan saingan tempat ke-13, manakala Francesco Bagnaia dari Ducati mempertahankan kemenangan yang diraih pada musim lalu di Litar Red Bull Ring.

MotoGP: Zarco tinggalkan Ducati sertai Honda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button