Adakah UMNO Sudah Melupakan Najib?

Adakah UMNO Sudah Melupakan Najib?

Adakah UMNO Sudah Melupakan Najib?

Kini sudah setahun mantan perdana menteri dan juga mantan presiden UMNO, DS Najib Razak, terkurung di belakang jeriji besi.

Kenapa beliau dihukum?

Umum mengetahui, DS Najib dihukum atas sabitan kesalahan yang diragui kesahihan pendakwaannya.



Mungkin bagi yang memusuhi DS Najib, bersikap pesimis, akan terus mengatakan mahkamah sudah membuat keputusan, maka tidak perlu dipersoalkan lagi.

Tetapi bolehkah mereka menyanggah bahawa perjalanan perbicaraan telah menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab hingga ke hari ini.

Pada peringkat awal DS Najib dipenjarakan, UMNO membuat perhimpunan solidariti untuk DS Najib.

Pelbagai janji dilafazkan, pelbagai iltizam dizahirkan untuk memperuangkan keadilan untuk DS Najib.



Ianya kembali berkumandang apabila menjelang pemilihan UMNO.

Calon-calon yang bertanding untuk merebut jawatan, menggunakan isu keadilan untuk DS Najib sebagai pemangkin kepada sokongan dari akar umbi.

Tetapi apabila jawatan sudah diperolehi, suara memperjuangkan keadilan untuk DS Najib kembali sepi.

Di mana RCI Tommy Thomas yang dikatakan telah dipersetujui oleh kabinet?



Pemimpin UMNO manakah yang ada bersuara untuk mendesak kerajaan supaya menubuhkan segera RCI Tommy Thomas?

Apabila ditanya kepada pemimpin UMNO mengenai keadilan untuk DS Najib, jawapan klishe diberikan.

‘UMNO tidak pernah lupa memperjuangkan keadilan untuk DS Najib, sesuatu sedang dilakukan, tetapi tidak boleh diberitahu kepada umum!!!’.

Tetapi tindakan pemimpin UMNO memberitahu kita keadaan yang sebaliknya sedang berlaku.



Hanya keluarga DS Najib dilihat masih mengharapkan sinar keadilan untuk beliau.

Tetapi kepimpinan UMNO dilihat semakin menyepi.

Penulis tidak hairan sekiranya isu ini kembali dihangatkan dalam kempen pilihanraya kecil, terutamanya PRK DUN Pelangai.

Sekiranya pemimpin UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan untuk DS Najib, buktikan dengan tindakan dan bukannya dengan kata-kata.



 

Adakah UMNO Sudah Melupakan Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button