Peladang mahu jual serpihan logam jatuh dari langit

Oleh – Syeikh Baran


Peladang mahu jual serpihan logam jatuh dari langit
SAWCHUK menemui serpihan lugam yang hangus di Saskatchewan baru-baru ini – Foto CBC

Seorang peladag di Kanada, Barry Sawchuk menemui serpihan logam berpintal yang terbakar dan jatuh dari langit, lapor portal berita Wion News kelmarin.

Logam hangus  seberat 40 kilogram itu disyaki serpihan dari angkasa lepas.



Dia mahu menjual serpihan itu dan mendermakan sebahagian daripada keuntungan untuk membina gelanggang hoki di Saskatchewan.

“Saya tidak membina kapal angkasa untuk hidup. Saya bertani,” kata  Barry.

Mengikut laporan tempatan,serpihan itu kemudian dihantar kepada beberapa profesor astronomi yang melakukan kajian lanjut 

Mereka mendapati ia sepadan dengan kemasukan kapal angkasa SpaceX, Dragon yang memasuki semula atmosfera Bumi pada Februari lalu.



Kejadian itu  berlaku sebulan selepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menerima maklumat bahawa ‘serpihan’ dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) jatuh terhempas di halaman belakang sebuah rumah di Florida, Amerika Syarikat. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button