Jepun dakwa China hantar kapal menceroboh perairannya




Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihiko Isozaki bercakap dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo, semalam.

ANKARA, Turkiye – Jepun semalam mendakwa China menghantar kapal negara itu ke perairan wilayahnya di sekitar rantaian pulau yang dipertikai, lapor Agensi berita Turkiye Anadolu.

Pegawai Pengawal Pantai Jepun, berkata tiga kapal Pengawal Pantai China memasuki perairan wilayah negara itu berhampiran Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.

Tokyo berkata, ia adalah pencerobohan ke-27 kapal China yang dikesan di perairan wilayah Jepun di luar pulau itu tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki, menyifatkan dakwaan pencerobohan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menyifatkannya ‘sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali’,” menurut Agensi Berita Kyodo.



Tokyo juga membuat bantahan terhadap Beijing berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Yoshihiko kepada pemberita.

Pengawal Pantai Jepun berkata, ia melihat kapal-kapal China berhampiran pulau kecil di Laut China Timur sejak dua minggu lalu. – BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker