EPL: Perseteruan Howe, Klopp berterusan

EPL: Perseteruan Howe, Klopp berterusan

EPL: Perseteruan Howe, Klopp berterusan
NEWCASTLE turun menentang Liverpool dengan misi membalas dendam selepas dua kekalahan dilalui mereka musim lalu. – AFP

LONDON – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe mengakui sifat peribadinya jadi ‘batu penghalang’ untuk berbaik dengan rakan sejawat di Liverpool, Jurgen Klopp atau pun pengurus lain di Liga Perdana Inggeris.

Ekoran sindiran Klopp yang mengucapkan tahniah kepada The Magpies kerana memiliki dana besar untuk berbelanja, Howe nyata kurang senang dan mahu meneruskan perseteruannya pada aksi di St. James Park malam ini.

“Saya menghormatinya (Klopp) dan saya fikir dia sudah melakukan tugas dengan cukup baik. Tetapi, saya mungkin tidak dapat berbaik dengannya kerana semua itu tidak pernah wujud dalam diri saya.



“Saya tidak ada sebarang hubungan dengan pengurus lain sebaliknya saya akan mencabar mereka. Agak sukar untuk saya mempunyai hubungan baik dengan pesaing dan saya akan kekal sebegini,” katanya.

Perbalahan Howe dan Klopp mula tercetus setahun lalu ketika jaringan pada masa kecederaan membolehkan Liverpool meraih kemenangan 2-1, namun The Magpies kekal cemerlang untuk memastikan slot ke Liga Juara-Juara musim ini.

Malah, Klopp turut menyindir Howe dan pembantunya, Jason Tindall ekoran peraturan baharu tidak membenarkan dua jurulatih berdiri di garisan tepi padang ketika ia menjadi kebiasaan buat kedua-dua mereka. – AGENSI

EPL: Perseteruan Howe, Klopp berterusan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button