Penduduk Hallstatt protes lagi

Penduduk Hallstatt protes lagi

Penduduk Hallstatt protes lagi
PEMANDANGAN indah di perkampungan Hallstatt yang menjadi buruan pelancong. FOTO AFP.

Vienna: Penduduk bandar Hallstatt di Austria mengadakan protes menentang aktiviti pelancongan secara besar-besaran.

Hallstatt yang juga Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco), mempunyai lebih 700 penduduk, namun menerima sehingga 10,000 pelancong sehari ketika musim puncak.

Penduduk mendesak pihak berkaitan agar mengehadkan bilangan pelancong harian dan larangan kemasukan bas pelancong selepas jam 5 petang.



Meskipun sektor pelancongan menyumbang kerancakan ekonomi Hallstatt, sesetengah penduduk berpendapatan bandar itu sudah terlalu padat dengan pelawat.

Keindahan Hallstatt dengan rumah lama yang indah di tepi Tasik Alpine dan dikelilingi pergunungan batu telah menjadi tumpuan pelancongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai salah satu destinasi paling dikunjungi pelancong di Eropah, penduduk mengatakan bandar itu sesak pelancong, terutama pelancong harian yang datang dengan bas persiaran.

Mei lalu, penduduk mendirikan dinding kayu di lokasi paling popular untuk berswafoto yang menghalang pemandangan Alps, sebagai protes terhadap pencemaran bunyi dan trafik.



Selepas dikecam di media sosial, penghadang itu dialihkan dan datuk bandarnya memberitahu akan mengurangkan satu pertiga jumlah bas pelancong yang melalui Hallstatt.

Setahun sebelum pandemic Covid-19 melanda dunia, Hallstatt menerima kira-kira sejuta pelawat.

Penduduk Hallstatt protes lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading