Empat maut, 9 cedera termasuk kanak-kanak enam tahun cedera dalam serangan hendap

Empat maut, 9 cedera termasuk kanak-kanak enam tahun cedera dalam serangan hendap

Empat maut, 9 cedera termasuk kanak-kanak enam tahun cedera dalam serangan hendap
TANGKAP layar program dari National Broadcasting Services of Thailand menunjukkan trak polis yang rosak selepas diserang hendap. FOTO Agensi/BangkokPost

Pattani: Empat anggota keselamatan maut manakala sembilan lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dalam satu serangan hendap di Yarang, Pattani, Selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam (waktu tempatan) pada Isnin, pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Ketua Polis Yarang Kol Pol. Somprach Kankanon berkata kumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di tepi jalan telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang menaiki sebuah trak pikap polis dan sebuah motosikal.



“Sebutir bom buatan sendiri juga diletupkan. Ini menyebabkan kesemua lapan anggota keselamatan cedera. Mereka digegaskan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut.

“Dua anggota polis dan dua lagi anggota sukarelawan pertahanan yang parah meninggal dunia di hospital.

“Selain itu, lima orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dalam insiden berbalas tembakan dan letupan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tempat kejadian pada Selasa.

Katanya, penyerang turut meletupkan beberapa tiang elektrik berdekatan tempat kejadian.

“Letupan itu bertujuan melambatkan bantuan tiba serta gerakan memburu penyerang,” katanya.

Pasukan keselamatan turut menemui lebih 100 kelongsong peluru di tempat kejadian.



Empat maut, 9 cedera termasuk kanak-kanak enam tahun cedera dalam serangan hendap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button