Bernama TV buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 21 Okt — BERNAMA TV hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran satu laporan berita berhubung arahan “bekerja dari rumah” (BDR) bagi mereka yang berada di zon merah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diterjemahkan secara automatik, namun disebarkan kononnya sebagai kesalahan terjemahan oleh pihak BERNAMA TV.

Teks berbahasa Inggeris dalam hantaran ‘tweet’ daripada berita asal berbahasa Melayu oleh BERNAMA TV itu, adalah versi salah yang dihasilkan apabila tetapan (setting) di Facebook pengguna ditetapkan supaya menterjemah apa jua bahan yang ditampilkan secara automatik.

Terjemahan yang salah itu kemudiannya telah ‘ditangkap skrin’ dan disebarkan di media sosial.

BERNAMA TV menegaskan bahawa berita yang diterjemahkan secara automatik itu bukan dihasilkan oleh saluran televisyen berkenaan, dan ia dengan pantas menyebarkan satu maklumat di media sosial yang mengatakan bahawa berita itu sebagai palsu, kerana bahan berita itu disertakan dengan logo Bernama.



BERNAMA TV berkata pihaknya menganggap berita yang diterjemahkan secara automatik itu sebagai usaha untuk mencemarkan nama baiknya dan juga organisasi induk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), terutama pada semasa perkhidmatan BERNAMA amat diperlukan bagi menyebarkan maklumat yang tepat kepada orang ramai mengenai situasi COVID-19 dan perkara-perkara berkaitan dalam negara.

— BERNAMA

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”



KAF SOKONG USAHA FELDA AMBIL SEMULA “LOMBONG EMAS”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading