Pesawat ringan terhempas ketika parti dedah jantina bayi

Pesawat ringan terhempas ketika parti dedah jantina bayi

Pesawat ringan terhempas ketika parti dedah jantina bayi
RAKAMAN Insiden berkenaan turut dimuat naik di media sosial. FOTO Agensi

Mexico City: Sebuah parti mendedahkan jantina bayi dalam kandungan di Mexico, semalam, berakhir dengan tragedi selepas sebuah pesawat terhempas, membunuh juruterbang itu.

Di hadapan papan tanda yang berbunyi, ‘Oh, Baby’, rakaman yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan pesawat itu ‘melambung’ di atas sebuah ladang di kawasan pedalaman Navolato, Sinaloa.

Ibu dan bakal bapa dalam parti itu dilaporkan mengupah pesawat kecil untuk terbang di atas Laguna de San Pedro dan melepaskan air berwarna untuk mendedahkan jantina bayi mereka.



Metro UK melaporkan tetamu bersorak ketika pesawat di udara melepaskan air merah jambu, manakala konfeti merah jambu dilepaskan di parti itu.

Tetapi tanpa disedari oleh sesiapa, pesawat itu tiba-tiba mula menjunam, dengan video menunjukkan satu daripada sayapnya melengkung di udara.

Nahas dilaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira 6:30 petang.

Berdasarkan rakaman, juruterbang cuba untuk membuatkan pesawat naik untuk mengelak daripada terhempas di pokok palma.



Perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian dan melakukan pertolongan cemas terhadap Angel yang ditemukan terbaring di dalam serpihan pesawat.

Dalam satu gambar yang lebih jelas, paramedik mengelilingi Pawnee yang parah.

Lelaki itu dibawa ke Institut Keselamatan Sosial Mexico di Navolato, tetapi disahkan meninggal dunia, tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, tiada individu lain terbabit kejadian itu.



Pesawat ringan terhempas ketika parti dedah jantina bayi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button