Ibu Aina Abdul Terangkan Simbolik Kain Merah Pada Muzik Video [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai.-“Terus Hidup, Jangan Meroyan dekat…”

Ibu Aina Abdul Terangkan Simbolik Kain Merah Pada Muzik Video

Ibu Aina Abdul Terangkan Simbolik Kain Merah Pada Muzik Video
Ibu Aina Abdul Terangkan Simbolik Kain Merah Pada Muzik Video

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau. Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.

Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.



Vibes Cikgu Sangat Bila Bercakap!

Baru-baru ini, Aina Abdul membuat live di laman media sosialnya bagi menerangkan mengenai maksud yang tersirat dalam muzik video terbarunya yang berjudul ‘Jangan Mati Rasa Itu’. Video rakaman tersebut dimuat naik di lama tiktok milik @aina.devotee yang meraih perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, memaparkan Aina Abdul menanyakan kepada ibunya mengenai simbolik kain merah tersebut.

“Ma rasa apa simbolik kain merah tu ma?-tanya Aina Abdul

“Itu semangat, semangat juang yang giler, terus hidup, jangan meroyan, jangan meroyan dekat aku”-jawab Ibu Aina Abdul



@aina.devotee

Terus hidop! 🤓 #ainaabdul #janganmatirasaitu #tiktoklive #fyp #fypシ #tiktokmalaysia

♬ original sound – Aina Abdul Devotee – Aina Abdul Devotee

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan dari ibu Aina Abdul itu. Mereka menyatakan bahawa tidak sangka ibu Aina Abdul mampu menghiburkan dalam live tersebut.



“Mak Aina ni vibe cikgu2 sangat bila bercakap tu”

“No wonderlah AA bijak, Mak dia pun bijakk!! omggg love love love!!”

“Random ye Ma, penat saya gelak part ‘jangan meroyan, jangan meroyan dekat aku”-kata mereka

Ibu Aina Abdul Terangkan Simbolik Kain Merah Pada Muzik Video [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, semoga lagu terbaru tersebut mendapat tempat di hati pendengar dan berjaya untuk memasuki AJL yang akan datang. Semoga Aina Abdul terus menghasilkan karya yang dapat memikat hati peminatnya!



Ibu Aina Abdul Terangkan Simbolik Kain Merah Pada Muzik Video [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button