Muhyiddin Berundur Dan Akan Di Gantikan Oleh Hamzah
Muhyiddin Berundur Dan Akan Di Gantikan Oleh Hamzah
Sekiranya benar berita yang dilapurkan oleh Berita Harian Online, bagi penulis ianya bukanlah satu berita yang mengejutkan.
Kerana ini bukanlah kali pertama khabar angin bertiup kencang membawa berita Muhyiddin akan berundur dari semua jawatan politik yang beliau pegang.
Bulan Julai 2022, keluar dari mulut Muhyiddin sendiri bahawa beliau akan berundur untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Kemudian tidak sampai satu minggu, keluar lagi satu kenyataan dari beliau sendiri yang membatalkan hasrat untuk berundur.
Alasan yang diberikan kali ini adalah kerana kononnya untuk menyelamatkan PPBM Johor.
Tetapi penulis tidak pasti, selepas setahun keluarkan kenyataan mahu menyelamatkan PPBM Johor, sejauh mana beliau sudah berjaya.
Berbalik kepada tajuk hari ini, Muhyiddin dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan presiden PPBM dalam pemilihan parti yang akan datang.
Calon yang paling popular di kalangan ahli PPBM untuk menggantikan Muhyiddin adalah Hamzah Zainuddin.
Beliau yang kini menjawat jawatan Setiausaha Agung PPBM dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional dikatakan akan mendapat sokongan majoriti dari perwakilan.
Azmin Ali juga disebut untuk bertanding jawatan presiden PPBM.
Tetapi Azmin dikatakan kurang mendapat sokongan dari ahli dan pemimpin PPBM.
Namun begitu, menurut sumber dalaman PPBM, keupayaan gang kartel Azmin dalam PPBM tidak boleh dipandang remeh oleh Hamzah.
Gang kartel Azmin mempunyai gerak kerja yang tersusun dan mampu mengubah sokongan perwakilan di saat menjelang pengundian.
Manakala Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja), dikatakan kurang yakin untuk merebut jawatan presiden.
Peja dikatakan lebih selesa untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden PPBM.
Namun kali ini Peja dijangka akan mendapat tentangan dari Ketua Armada PPBM, Wan Fahysal.
Sama ada benar atau tidak berita ini, sama-sama kita tunggu hari pemilihan parti PPBM.
Muhyiddin Berundur Dan Akan Di Gantikan Oleh Hamzah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib
- Hadi Atau Syahir Yang Menipu?
- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Zahirkan Kebimbangan Ke Atas Integriti & Kredibiliti Badan Kehakiman