Hadi Atau Syahir Yang Menipu?

Hadi Atau Syahir Yang Menipu?

Hadi Atau Syahir Yang Menipu?

Setiausaha politik Hadi Awang, Mohd Syahir, mendakwa presiden PAS tersebut telah selesai memberikan keterangan kepada pihak PDRM.

Syahir menambah, Hadi telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dalam siasatan di bawah Akta Hasutan.

Jadi menurut Syahir, tidak timbul soal Hadi Awang sakit atau pura-pura sakit atau mengelak untuk memberikan keterangan kepada pihak PDRM.



Tetapi menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, pihak polis terpaksa menangguh untuk mengambil keterangan dari Hadi kerana beliau mengalami masalah kesihatan.

“Pegawai perakam dimaklumkan oleh wakil beliau, Hadi masih uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan,” jelas Razarudin.

Proses mengambil keterangan itu sepatutnya dijalankan kira-kira 4.30 petang pada 2 September lepas.

Sebelum itu, Hadi dikatakan telah bersetuju untuk memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan proses mengambil keterangan Hadi terpaksa ditangguh.

Pihak polis juga telah meminta Hadi supaya memberikan waktu yang sesuai supaya keterangan beliau boleh diambil.



Apa yang menjadi isu di sini adalah, di hari yang sepatutnya Hadi memberikan keterangan kepada polis, beliau kelihatan sihat ketika mengunjungi Dr Mahathir bersama 4 orang menteri besar dari PAS.

Sedangkan pada petang di hari yang sama, beliau memberikan alasan mengalami masalah kesihatan ketika mahu diambil keterangan.

Jadi, di mana kebenaran dakwaan Syahir yang mengatakan Hadi telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis?

Adakah Syahir menipu untuk menutup penipuan Hadi Awang?



Atau Syahir menipu untuk melindungi sikap Hadi yang tidak menghormati pihak berkuasa dan undang-undang di Malaysia?

Hadi Atau Syahir Yang Menipu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button