Amaran Ayob Khan Kepada Muhyiddin & Ahli Politik

Amaran Ayob Khan Kepada Muhyiddin & Ahli Politik

Amaran Ayob Khan Kepada Muhyiddin & Ahli Politik

Kepada Muhyiddin, Dr Mahathir dan juga ahli politik yang selama ini gemar memainkan isu 3R, kini harus sedar, era itu sudah berlalu.

Mereka juga mesti ingat, kini PDRM tidak lagi diterajui oleh Hamid Bador atau Acryl Sani.

Kini PDRM diterajui oleh TS Razarudin dan timbalannya adalah Dato’ Ayob Khan.



Dan Jabatan Peguam Negara pula tidak lagi diterajui oleh Tommy Thomas atau Idrus Harun.

Tetapi Jabatan Peguam Negara akan diterajui oleh Ahmad Terrirudin.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Dalam satu sidang media di Bukit Aman, Ayob Khan memberikan amaran keras kepada ahli politik yang gemar memainkan isu 3R.

Menurut beliau, pihak PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.

Ini berikutan nasihat dan amaran sudah diberikan oleh pihak berkuasa.

Ayob Khan juga mengingatkan pemimpin politik, jangan kerana mereka bergelar pemimpin politik, maka mereka merasakan mereka akan terlepas dari undang-undang.



Ketika ditanya mengenai ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh Muhyiddin dalam kempen PRK Pulai, Ayob Khan memaklumkan Muhyiddin akan dipanggil dalam masa yang terdekat.

Ini berikutan beberapa laporan polis sudah dilakukan terhadap isu berkenaan.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang didakwa berkaitan dengan 3R.

Ayob Khan menjelaskan, beberapa kertas siasatan sudah dilengkapkan dan sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.



Kini pihak polis sedang menunggu arahan seterusnya dari Jabatan Peguam Negara.

Kesimpulannya, di bawah pentadbiran baharu PDRM, tidak ada siapa pun yang akan terlepas dari tindakan undang-undang sekiranya mereka mencabulinya.

Tahniah penulis ucapkan kepada pentadbiran baharu PDRM yang dilihat lebih tegas tanpa memilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang.

Amaran Ayob Khan Kepada Muhyiddin & Ahli Politik

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading