Najib Razak individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia

Oleh – Bakhtiar Omar


Najib Razak individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia

 



Bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak, kekal sebagai individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia.

Badai yang melanda Barisan Nasional pada PRU15 adalah disebabkan ketiadaan beliau bersama untuk berkempen bagi kemenangan BN.

Beliau di’sumbat’ ke penjara biarpun pada ketika itu Najib belum mendapat pengadilan sewajarnya apabila banyak bukti di tolak Mahkamah. Selain itu, hak Najib untuk menukar Peguam telah di tolak Mahkamah.

Perjuangan Najib untuk menegak keadilan tidak terhenti biarpun beliau berada di belakang tirai besi.



Kini, satu persatu kebenaran mulai terserlah dan telah membuka mata banyak pihak terutama mereka yang begitu ‘membenci’ Najib Razak. Apabila poltik Malaysia dilanda kontroversi dan ketidakstabilan yang menyebabkan ekonomi negara merudum, barulah mereka ini memahami apa yang Najib lakukan adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Malaysia bagi tempoh jangka panjang.

KES NAJIB SEMAKIN MENARIK PERHATIAN BILA SAKSI PERLU JAWAP DALAM MAHKAMAH

Najib Razak individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia

 

Apabila bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz, tampil di Mahkamah sebagai saksi dalam kes 1MDB, jawapan yang diberikan beliau amat meragukan bagi mereka yang mengikuti perbicaraan tersebut.



Dalam sesi soal jawap Zeti dengan Tan Sri Shafee Abdullah, banyak soalan tidak dijawap dengan tepay oleh Zeti. Beliau juga cuba membawa metafora yang tidak relevan dengan soalan yang dikemukakan Peguam.

Paling mengejutkan, apabila Zeti hanya menuding jari kepada pihak Bank atas kelemahan sistem Bank Negara itu sendiri.

Baca – SINI

Baca juga – TEKAN SINI



APA TINDAKAN PEGUAM NEGARA ISU KEBOCORAN MEMO KES NAJIB RAZAK?

Najib Razak individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia

Isu kebocoran memo berkaitan IPIC yang dihadapi Najib Razak sangat mengejutkan seluruh negara. Dalam maklumat yang tular tersebut, pihak Pendakwaraya bersetuju tidak ada keperluan mendakwa Najib dalam kes tersebut memandangkan 138 saksi telah diambil keterangan.

Keterangan saksi itu tidak menyebelahi langsung pihak pendakwaraya untuk mendakwa Najib dalam kes IPIC namun kes tetap diteruskan oleh Mahkamah.

Mengapa ia terus berlaku?



Khamis lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, AGC sedang menyiasat dakwaan kebocoran dokumen berkaitan pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion dana kerajaan membabitkan pembayaran kepada IPIC.

Dokumen bertarikh 10 September 2019 yang mengandungi 12 muka surat itu didakwa ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas. – Malaysia Gazette – 23/8/2023

Laporan polis telah dibuat oleh rakyat Malaysia di merata tempat dan mereka mahukan siasatan mengenainya disegerakan bagi menghalang sebarang ketidakadilan diteruskan terhadap Najib Razak.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dr Hamid Sultan Abu Backer turut mengulas mengenai kes Najib Razak dan beliau menyuarakan kegusarannya terhadap Institusi Mahkamah dala perkara tertentu melibatkan imej Badan Kehakiman itu sendiri.



Pihak Majlis Peguam juga turut dikritik kerana tidak memberi respon sewajarnya dalam isu kebocoran memo kes Najib Razak. Selalunya Majlis Peguam (Bar Council) merupakan pihak yang sangat lantang menyuarakan pandanagan serta mengulas jika ada kebocoran maklumat tertentu.

Pelik? Tidak pelik langsung jika diperhatikan pergerakan Majlis Peguam ini.

Baca – SINI

RAKYAT MASIH BERSABAR MENANTI KEMUNCULAN KEBENARAN DALAM KES NAJIB RAZAK

Rakyat sudah semakin bijak menilai peranan ahli politik dalam menentukan hala tuju negara dari pelbagai sudut. Ada ahli politik yang hanya memikirkan kedudukan serta jawatan dalam kabinet dan ada segelintir yang hanya menjadikan politik sebagai sampingan untuk mencari pengaruh.

Cakap-cakap rakyat sudah mulai memihak kepada perancangan ekonomi yang telah Najib rancangkan untuk kemajuan ekonomi rakyat bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Bagi mereka, Najib perlu kembali ke pentas politik selepas mendapat pengadilan seadil-adilnya dari Mahkamah serta dijamin tiada ‘tangan ghaib’ yang akan menyebabkan beliau tidak dapat keadilan sewajarnya.

Bukan mudah bagi Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengaruh begitu besar terhadap pelabur luar serta penghormatan dari negara yang menguasai ekonomi dunia.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading