3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

Keadilan untuk mantan perdana menteri, DS Najib Razak semakin hangat diperbahaskan oleh masyarakat.

Keputusan Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang melepaskan tanpa membebaskan DS Zahid dari 47 pertuduhan salah laku, rasuah dan penggubahan wang haram menghangatkan lagi suasana.

DS Najib kini sudah dipenjarakan atas sabitan kes SRC dan beliau sedang menjalani hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta atas sabitan kes tersebut.



Kini sudah lebih setahun beliau menjalani hukuman tersebut.

Namun, perjalanan perbicaraan serta keadilan mengikut undang-undang terus dibahaskan.

Bukan sahaja di kalangan rakyat berbeza pendapat, malah di kalangan hakim kanan serta bekas hakim kanan juga berbeza pendapat.

Tengku Maimun – Ketua Hakim Negara

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun



Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, yang dipersoalkan perlantikan beliau kerana tidak mengikuti perlembagaan.

Ini adalah kerana ianya bukan atas cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Menurut Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 atau Judicial Appointment Commission (JAC) Act 2009, cadangan untuk lantikan hakim mahkamah atasan mestilah datangnya dari JAC.

Ianya dinyatakan secara jelas di bawah tajuk Kuasa & Fungsi (Perkara 21(a) – (f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.



Tetapi menurut mantan Peguam Negara, Tommy Thomas, nama Tengku Maimun tidak dicadangkan oleh JAC.

Tetapi beliau sendiri yang mencadangkannya.

Pendedahan ini beliau buat dalam tulisan beliau di dalam buku My Story: Justice In Wilderness.

Tengku Maimun yang mengetuai panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan dilihat terburu-buru untuk mengekalkan sabitan hukuman ke atas DS Najib.



Permintaan DS Najib untuk menggunakan khidmat Queen’s Councel ditolak dan tidak dibawa dalam pertimbangan Mahkamah Persekutuan.

Permintaan DS Najib supaya beliau menarik diri kerana suami beliau didakwa anti DS Najib, juga beliau tolak.

Permohonan peguambela DS Najib untuk menarik diri juga telah beliau tolak.

Dan akhirnya DS Najib dinafikan hak untuk mendapatkan peguambela.



Paling kontroversi apabila dokumen penghakiman telah tular sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Tun Abdul Hamid – Mantan Ketua Hakim Negara

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid, bersetuju beberapa keputusan Tengku Maimun dan pelantikan Nazlan sebagai hakim perbicaraan kes SRC boleh dipersoalkan.

Menurut beliau, keadilan bukan sahaja mesti dilakukan.



Tetapi yang lebih penting ianya mestilah dilihat dilakukan.

Tan Sri ABdul Rahman Sebli – Hakim Besar Sabah & Sarawak

 

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

Ketua 5 panel hakim yang menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas rayuan kes SRC, Tan Sri Abdul Rahman Sebli berkata rayuan DS Najib tidak didengari dan berlaku ketidakadilan buatnya.

Beliau berpendapat DS Najib perlu dibebas dan dilepaskan.

Datuk Hamid Sultan Abu Backer – Mantan Hakim Mahkamah Rayuan

 

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Hamid Sultan Abu Backer, pula menyatakan perjalanan perbicaraan kes SRC menyaksikan banyak kontroversi.

Bermula dari hakim perbicaraan yang tiada pengalaman di Mahkamah Tinggi hinggalah rayuan terakhir di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana draf penghakiman boleh keluar sebelum mahkamah mengumumkan keputusan!!!

Mereka dan sesiapa sahaja boleh berkata apa sahaja mengenai keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

Tetapi, ketika kita memberikan pendapat kita, kita dikelilingi oleh keluarga dan orang yang tersayang.

Namun, sedarkah kita, ketika ini, DS Najib sudah lebih setahun DS Najib dipisahkan dari keluarga tercinta.

Yang mampu beliau lakukan di saat ini adalah berdoa semuga Allah SWT menggerakkan hati rakan-rakan dan penyokong setia beliau untuk perjuangkan keadilan untuknya.

Rakan-rakan beliau yang kini mempunyai kuasa masih lagi dilihat tersipu-sipu untuk perjuangkan keadilan buat beliau.

Manakala penyokong beliau yang dahulunya mengaku setia, kini menunggang isu keadilan untuk DS Najib untuk kepentingan peribadi.

Adilkah tindakan kita?

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading