Punca Hujah Kritikan DNAA Kes Zahid Oleh Musuh Politik Beliau

Asas Kepada Hujah Kritikan DNAA Kes Zahid Oleh Musuh Politik Beliau

Punca Hujah Kritikan DNAA Kes Zahid Oleh Musuh Politik Beliau

Perbahasan secara umum terus hangat berlaku di kalangan rakyat Malaysia mengenai keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) DS Zahid dari 47 pertuduhan.

Secara umumnya, sebagaimana yang diduga, terdapat 2 respon yang berbeza di kalangan masyarakat.

Respon yang pertama bersetuju dengan keputusan mahkamah.



Manakala respon yang kedua pula, mempertikaikan keputusan tersebut.

Kedua-dua kumpulan (yang bersetuju dan yang tidak bersetuju), mengemukakan hujah masing-masing.

Kumpulan yang bersetuju menggunakan hujah 11 alasan Jabatan Peguam Negara meminta DNAA.

Di mana alasan yang ke 11, berkaitan dengan memo dalaman  dari Penolong Pendakwaraya dan Pegawai Penyiasat kepada Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas.



Manakala kumpulan yang kedua pula menggunakan hujah bahawa hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, sudah membuat keputusan adanya kes prima facie.

Keputusan Yang Berbeza Dari Pendapat Penolong Pendakwaraya Kanan & Pegawai Penyiasat

Inilah hujah utama yang digunakan oleh kumpulan yang tidak bersetuju dengan keputusan DNAA yang telah pun dibuat oleh mahkamah.

Menurut pandangan mereka, bukankah Collin Lawrence Sequerah sudah mengarahkan DS Zahid untuk membela diri.

Dan bukankah ini bermaksud mahkamah berpendapat terdapatnya kes prima facie yang kukuh ke atas pendakwaan tersebut?



Jadi, mengapa prosiding kes dihentikan?

Kuasa untuk menarik balik pertuduhan adalah kuasa yang diberikan oleh perlembagaan kepada Peguam Negara.

Peguam Negara boleh pada bila-bila masa perbicaraan (walau di peringkat mana perbicaraan), menarik balik pertuduhan.

Ianya dinyatakan secara jelas dalam Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dan ini bukanlah kali pertama kes yang sedang dibicarakan telah diminta untuk digugurkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Tetapi yang menjadi isu adalah keputusan DNAA itu dilihat bercanggah dengan keputusan memanggil DS Zahid untuk membela diri.



Dengan rasa hormat kepada keputusan mahkamah, timbul satu persoalan besar yang tidak dibahaskan.

Bagaimana keputusan memanggil DS Zahid membela diri dibuat, sedangkan menurut Penolong Pendakwara Kanan (sekiranya memo itu benar), berpendapat berlainan.

Sebagai Penolong Pendakwaraya Kanan dan Pegawai Penyiasat, mereka sudah pasti mempunyai gambaran secara keseluruhan pendakwaan.

Dan sekiranya memo itu diyakini palsu, tidak mungkin Jabatan Peguam Negara akan meletakkannya sebagai salah satu dari 11 alasan menarik balik pertuduhan.



Semuga perkara yang sama tidak berlaku dalam kes mahkamah DS Najib.

Sekiranya Peguam Negara merasakan perlu untuk menarik balik kes, ianya mestilah dilakukan serta merta.

Jabatan Peguam Negara mesti bertindak without fear and favour demi untuk mendaulatkan undang-undang negara.

Disclaimer:

Penulis membuat pengakuan bahawa artikel ini bukanlah untuk mempertikaikan kebijaksanaan dan keadilan hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah.

Hanya membincangkan punca yang menjadi isu perbahasan awam atas keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah, melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) DS Zahid dalam 47 pertuduhan.

Bukan untuk mempertikaikan atau menghina mahkamah kerana keputusan DNAA mahkamah sudah menjadi isu akademik.

Punca Hujah Kritikan DNAA Kes Zahid Oleh Musuh Politik Beliau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading