Lebih 2,000 maut, ribuan hilang dalam banjir di timur Libya

Lebih 2,000 maut, ribuan hilang dalam banjir di timur Libya

Lebih 2,000 maut, ribuan hilang dalam banjir di timur Libya
Gambar edaran yang disediakan oleh pejabat perdana menteri interim (sementara) Libya yang berpangkalan di Benghazi pada 11 September 2023 menunjukkan pemandangan kenderaan yang musnah dan bangunan yang rosak di bandar timur Derna, kira-kira 290 kilometer ke timur Benghazi, susulan ribut Mediterranean. “Daniel”. Foto oleh Pejabat Akhbar Perdana Menteri Libya / AFP

Tripoli: Perdana menteri Libya Osama Hammad pada Isnin berkata lebih 2,000 orang terbunuh manakala beribu-ribu lagi hilang selepas banjir melanda timur Libya pada Ahad.

Bercakap kepada saluran TV tempatan, Hammad yang berpusat di timur Libya berkata kebanyakan mangsa terjejas dilaporkan di bandar pelabuhan Derna, di mana “seluruh kawasan perumahan telah dihanyutkan oleh banjir” lapor Xinhua.

Beliau menyeru anggota perubatan dan pasukan penyelamat di seluruh negara untuk memberikan bantuan kepada bandar yang terjejas teruk itu, manakala Timbalan Perdana Menteri Ali al-Gatrani yang berpusat di timur Libya telah merayu bantuan antarabangsa melalui saluran TV tempatan.



Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan tiga hari berkabung untuk mangsa.

Ribut Mediterranean mendarat di timur Libya pada Ahad, mencetuskan banjir dan memusnahkan kemudahan di sepanjang laluannya.

Beliau turut berikrar untuk “melindungi rakyat dan mengurangkan kerosakan.”

Kementerian Hal Ehwal Sosial dan Persatuan Bulan Sabit Merah Libya telah mula menawarkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas akibat bencana itu.



Negara yang kaya dengan minyak telah berpecah selama bertahun-tahun antara pentadbiran yang bersaing di timur dan barat Libya.

Setiap pentadbiran disokong oleh kumpulan bersenjata dan militia.

Lebih 2,000 maut, ribuan hilang dalam banjir di timur Libya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah kekal keputusan, rayuan Pendakwaraya gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button