Siapa Di Belakang Isham Jalil?

Siapa Di Belakang Isham Jalil?

Siapa Di Belakang Isham Jalil?

Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Noor Adam mendakwa, ketika ahli MKT UMNO membuat keputusan untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Isham Jalil setuju.

Ketika itu beliau masih lagi memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO.

Kemudian Isham Jalil bertanding untuk jawatan ahli MKT UMNO dalam pemilihan UMNO sesi 2023 ~ 2026.



Dengan restu presiden UMNO, DS Zahid, Isham Jalil berada bersama-sama dengan calon yang dilihat dari ‘team presiden’.

Beliau berjaya dalam pemilihan tersebut, tetapi sekiranya beliau tidak ada bersama-sama ‘team presiden’, bolehkah beliau menang?

Selepas pemilihan UMNO, DS Zahid melakukan rombakan dalam beberapa jawatan penting di dalam UMNO.

Jawatan Ketua Penerangan UMNO yang disandang oleh Isham Jalil telah digantikan dengan Azalina Othman Said yang tewas dalam pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO.



Isham Sabotaj PRN 6 Negeri?

Selepas pemilihan parti, kepimpinan baharu UMNO hadapi cabaran yang pertama, PRN di 6 negeri.

Ketika itu sudah mula kelihatan Isham Jalil mula menongkah arus.

Beliau membuat kenyataan bahawa beliau akan membantu calon-calon dari Barisan Nasional, tetapi bukan calon dari DAP.

Sama ada Isham Jalil sedar atau tidak, kenyataan beliau mempunyai implikasi yang sangat besar dalam hubungan antara BN dan PH di setiap peringkat.



Sebagai seorang ahli MKT UMNO, kenyataan tersebut boleh dianggap sebagai hasutan kepada akar umbi UMNO supaya boikot calon PH dalam PRN 6 negeri.

Itu membuatkan kekuatan sokongan pengundi Melayu yang menyokong PH bertindak balas dengan tidak mengundi calon BN.

Dan pengundi Melayu yang menyokong BN bertindak tidak memberikan undi kepada PH.

Yang mendapat laba dari keadaan tersebut adalah Perikatan Nasional (PN).



Jadi, tidak hairanlah bila PN menang besar di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Persediaan Awal Untuk Pastikan Kekalahan UMNO Di PRK Pelangai

Sebaik sahaja PH berjaya mengekalkan kerusi parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Isham sekali lagi keluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada UMNO.

Isham dakwa BN kehilangan 27,000 undi Melayu dan undi tersebut beralih kepada Perikatan Nasional.

Benarkah dakwaan Isham?



Persoalannya, adakah jumlah undi PN dalam kedua-dua PRK tersebut meningkat sebanyak 27,000 undi?

Sekiranya tidak, apakah motif Isham Jalil sebenarnya?

Apakah beliau cuba melakukan ‘psy-war’ untuk mempegaruhi undi pengundi Melayu di PRK DUN Pelangai yang bakal menjelang?

Isham Jalil Bijak Tetapi Masih Kebudak-Budakan Dalam Politik

Adakah perubahan sikap Isham itu didalangi oleh seseorang yang berpengaruh?



Asasnya ada, kerana beliau tidak mungkin berani untuk menongkah arus bersendirian.

Beliau bukanlah figura yang berpengaruh dalam UMNO, apa lagi dalam dunia politik negara.

Sebelum PRU 14, nama beliau sangat asing di kalangan akar umbi UMNO.

Ini terbukti kerana beliau tewas dalam pemilihan di peringkat UMNO Bahagian.

Nama beliau mula dikenali sejak beliau mula menonjolkan diri sebagai ‘pembela’ keadilan untuk DS Najib.

Dan sinar beliau dalam politik semakin terang apabila DS Zahid mengutip beliau dari Selangor selepas dibuang oleh Noh Omar.

Isham tidaklah terlalu dungu untuk bertindak secara ‘bull doz’ yang akan merisikokan karier politik beliau.

Pada pemerhatian penulis, Isham sebenarnya mempunyai cita-cita politik besar yang selama ini beliau sembunyikan di sebalik imej ‘pembela’ keadilan untuk DS Najib dan ‘party man’.

Sudah pasti beliau sudah menyediakan satu platfom baharu sebelum beliau merasakan UMNO bukan lagi batu loncatan untuk beliau realisasikan cita-cita besar politik beliau.

Persoalannya, parti apa dan siapakah yang berada di belakang beliau?

Siapa Di Belakang Isham Jalil?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button