Zahid Hamidi: Penantian RCI Tommy Thomas Akan Berakhir

Zahid Hamidi: Penantian RCI Tommy Thomas Akan Berakhir

Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi memberikan bayangan bahawa penantian rakyat Malaysia atas penubuhan RCI Tommy Thomas akan berakhir.

Beliau mengesahkan senarai nama Ahli Jawatankuasa RCI bagi menyiasat buku tulisan Tommy Thomas,My Story: Justice in the Wilderness akan dikemukakan untuk mendapat perkenan YDP Agong.

Butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.



“Kabinet telah meluluskan penubuhan RCI, ‘task force’ telah diwujudkan, namun Tommy Thomas telah ambil tindakan undang-undang kepada ahli task force itu”.

“Asas kepada butiran yang terdapat dalam ‘task force’ itu boleh dijadikan sandaran oleh ahli RCI yang baharu yang belum dilantik”.

“Azalina akan mengemukakan nama untuk dikemukakan kepada Kabinet bagi mendapat perkenan YDP Agong untuk RCI ini menyegerakan tugas mereka,” jelas DS Zahid.

Kenyataan beliau dibuat selepas Perhimpunan Agung ke-15 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.



Inilah yang selama ini ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Zahid Hamidi: Penantian RCI Tommy Thomas Akan Berakhir

Dengan penubuhan RCI Tommy Thomas, pasti banyak kebobrokan yang dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir akan terbongkar.

Sebelum ini, pasukan ‘task force’ telah mengemukakan dapatan terdapatnya asas yang kukuh untuk mendakwa Tommy Thomas.



Sekiranya dapatan siasatan RCI Tommy Thomas mendapati adanya campurtangan eksekutif dalam badan kehakiman kerajaan mesti bertindak tegas.

Seandainya ada hakim yang telah diatur untuk mengendalikan kes tertentu, maka perbicaraan semula mesti dilakukan.

Antara keputusan kes yang mungkin terlibat termasuklah kes SRC yang membabitkan DS Najib.

Kalau terbukti selama ini keadilan untuk beliau dinafikan, maka sewajarnya pembebasan sementara menunggu perbicaraan semula wajar diberikan.



Muga akan ada sinar untuk melihat undang-undang negara kembali didaulatkan.

 

Zahid Hamidi: Penantian RCI Tommy Thomas Akan Berakhir

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading