PN Tidak Boleh Terima Kekalahan Di PRK Pulai Dan Simpang Jeram

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

PN Tidak Boleh Terima Kekalahan Di PRK Pulai Dan Simpang Jeram

Keputusan PRK parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sudah pun diketahui.

PAN/Pakatan Harapan berjaya mengekalkan penguasaan kedua-dua kerusi di parlimen dan DUN tersebut.



Tidak kiralah kalau ada yang mendakwa gabungan PH/BN kehilangan undi Melayu yang didakwa kononnya beralih kepada Perikatan Nasional.

Bagi penulis kenyataan sebegitu hanyalah kenyataan untuk menutup kekecewaan dan kekalahan.

Kerana fakta dan data keputusan PRK DUN Simpang Jeram dan parlimen Pulai bercanggah dari yang didakwa.

Usai PRK parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang mengesahkan kekalahan PN, kini mereka mula merancang untuk merampas DUN Pelangai.



PRK DUN Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober 2023.

Cubaan PN memainkan sentimen 3R sebagaimana yang mereka lakukan dalam PRN 6 negeri dilihat tidak berkesan.

Gelombang Hijau yang mereka dakwa akan melanda selatan tanah air sehingga melepasi Tambak Johor juga tidak menjadi kenyataan.

Siapa Yang Mahu Di Selamatkan Sebenarnya?

 



PN Tidak Boleh Terima Kekalahan Di PRK Pulai Dan Simpang Jeram

Kini PN cuba menunggang pula isu nasional untuk meracuni pemikiran pengundi muda yang diharapkan akan memberikan undi pada mereka di PRK DUN Pelangai.

Pemuda PN dikatakan akan menganjurkan himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia pada 16 September ini.

Tujuan himpunan itu diadakan kononnya untuk menyelamatkan kebebasan institusi kehakiman dan kedaulatan undang-undang yang didakwa telah dicabuli oleh badan eksekutif.



Dan fokusnya sudah tentu kepada keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan 47 pertuduhan kepada presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

PN cuba memberikan gambaran kononnya keputusan tersebut adalah sesuatu yang luarbiasa dan diluar amalan perundangan Malaysia.



Persoalannya, benarkah ada campurtangan pihak eksekutif atas keputusan tersebut.

Jabatan Peguam Negara sudah pun memberikan penjelasan mengapa keputusan tersebut diambil.

Kepada rakyat Malaysia yang tidak mengikuti perjalanan kes tersebut, pasti akan terpengaruh.

Tetapi sekiranya kita mengikuti perjalanan kes melalui keterangan saksi, kita akan nampak bagaimana undang-undang digunakan untuk membunuh karektor musuh politik.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Penulis tidak faham, bagaimana PN masih lagi boleh bercakap tentang integriti dan kredibiliti.

Di mana kredibiliti dan integriti PN sekiranya menantu pengerusi PN sendiri kini hidup dalam pelarian?

Masih layakkah mereka bercakap tentang kedaulatan undang-undang apabila saksi utama petisyen keputusan parlimen Marang disorokkan di Thailand supaya tidak boleh berikan keterangan?

Jadi, pemuda PN mahu selamatkan siapa sebenarnya?

Mahu selamatkan Malaysia atau mahu selamatkan pemimpin mereka yang sudah menjadi anggota tetap kluster mahkamah?

PN Tidak Boleh Terima Kekalahan Di PRK Pulai Dan Simpang Jeram

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading