Syed Saddiq Sokong Kerajaan Untuk Elakkan Hukuman?

Syed Saddiq Sokong Kerajaan Untuk Elakkan Hukuman?

Syed Saddiq Sokong Kerajaan Untuk Elakkan Hukuman?

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasminya telah menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan PH/BN.

Beliau memaklumkan surat rasmi sudah pun dihantar kepada YDP Dewan Rakyat, Johari ABdul.

Ianya dilakukan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.



Dakwa Syed Saddiq, keputusan itu dibuat kerana kononnya Kerajaan Perpaduan dilihat bertindak bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Tidak perlu dijelaskan lagi, ianya sudah tentu berkaitan dengan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan DS Zahid dari 47 pertuduhan.

Itu adalah alasan yang tersurat dari Syed Saddiq, tetapi apakah alasan yang tersirat?

Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq, mengapakah ketika perkara yang sama berlaku sebelum ini, beliau berdiam diri?



Ini bukan kali pertama Jabatan Peguam Negara menghentikan prosiding pertuduhan ketika kes sedang dibicarakan.

Jelaskan, sepanjang proses menghentikan prosiding tersebut, tindakan apa yang bertentangan dengan perlembagaan?

Penulis dimaklumkan, Syed Saddiq sebenarnya kecewa kerana kehadiran beliau ibarat melukut di tepi gantang dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau kecewa kerana tidak pernah dipanggil pada setiap kali Majlis Presiden Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat.



Namun begitu, Pakatan Harapan mempunyai alasan yang kukuh mengapa tidak menjemput beliau dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dan mungkinkah tindakan Syed Saddiq itu ada kaitan dengan kekecewaan beliau kerana kes beliau tidak ditarik balik.

Untuk rekod, perbicaraan kes pecah amanah RM100,000 Syed Saddiq kini berada di peringkat akhir perbicaraan.

Ada juga yang mendakwa, Syed Saddiq mahu supaya calon MUDA diletakkan sebagai calon PRK Simpang Jeram.



Tetapi ianya tidak mendapat layanan dari Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.

Penulis tidak nampak asas mengapa Syed Saddiq boleh membuat tuntutan sebegitu.

Mungkin beliau lupa, MUDA kehilangan deposit pada semua calon yang diletakkan dalam PRN 6 negeri.

Dan kerusi parlimen Muar yang beliau pegang sekarang ini juga adalah atas ehsan Pakatan Harapan.



Sudah tumbangkah Kerajaan Perpaduan dengan tindakan Syed Saddiq itu?

Syed Saddiq Sokong Kerajaan Untuk Elakkan Hukuman?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading