Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah

Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah

Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah

Sejak menerajui Perikatan Nasional, tidak dapat dinafikan, pengerusinya, Muhyiddin Yasin, sudah mencatatkan kegagalan demi kegagalan.

Dalam pentadbiran negara, kegagalan terbesar Muhyiddin apabila mengurung rakyat Malaysia ketika berlakunya pandemik Covid-19.

Dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘flip flop’ serta bersifat separa matang yang beliau lakukan telah menyebabkan ekonomi negara runtuh.



Bukan sahaja ekonomi negara runtuh, malah hutang luar negara mendadak naik.

Dasar PKP yang tidak konsisten dan lebih bertujuan politik telah menyebabkan beribu rakyat Malaysia bunuh diri akibat kehilangan punca pendapatan.

Akibatnya Perikatan Nasional yang beliau pimpin ditumbangkan dan tersingkir dari Putrajaya.

Kegagalan Di Dalam Politik

Sebelum PRU 15, Muhyiddin memimpin Perikatan Nasional dalam 2 pilihanraya negeri.



PRN Melaka dan PRN Johor.

Perikatan Nasional menerima tamparan hebat selepas diaibkan dengan kekalahan besar dalam kedua-dua pilihanraya negeri tersebut.

Ketika menjelang PRU 15, angan-angan Muhyiddin adalah untuk kembali menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Tetapi sekali lagi Muhyiddin gagal apabila Perikatan Nasional hanya mampu memenangi 74 kerusi parlimen dan gagal membentuk kerajaan.



Untuk memastikan angan-angan beliau menjadi realiti, sekali lagi Muhyiddin cuba merasuah beberapa ahli politik melalui ‘scheme of things’.

Tetapi sekali lagi beliau gagal.

Kekecewaan beliau jelas terpapar apabila menolak saranan YDP Agong supaya Perikatan Nasional berkongsi kuasa dengan Pakatan Harapan.

Akibatnya, Perikatan Nasional terpaksa duduk di kerusi pembangkang akibat dari angan-angan Muhyiddin.



Muhyiddin Di Sejuk Bekukan Oleh PAS Dalam PRN 6 Negeri

Tidak hairan apabila PAS dilihat lebih agresif dalam berkempen ketika PRN di 6 negeri.

Muhyiddin dan PPBM dilihat ibarat melukut di tepi gantang dalam kempen PRN 6 negeri.

Realitinya, PAS hanya perlukan duit PPBM dan bukannya aura PPBM untuk menang dalam PRN 6 negeri.

Muhyiddin terpaksa telan air liur pekat apabila PAS bertindak bertentangan dengan kehendak beliau.



PAS bertemu Dr Mahathir, Muhyiddin terpaksa diam.

PAS cuma berikan 1 jawatan EXCO kepada PPBM di Kedah, Muhyiddin terpaksa diam.

Sebabnya mudah, PAS berjaya menang besar di 3 negeri yang mereka kuasai.

Tetapi angan-angan Muhyiddin untuk merampas Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, hanya tinggal angan-angan.



Maka bertambahlah koleksi kegagalan Muhyiddin sebagai peneraju Perikatan Nasional.

PRK Pulai & Simpang Jeram

Dalam PRK DUN Simpang Jeram dan parlimen Pulai, PAS meletakkan calon di DUN Simpang Jeram, manakala PPBM pula meletakkan calon di parlimen Pulai.

Sekali lagi Muhyiddin gagal apabila kedua-dua calon Perikatan Nasional berpitih mata di kedua-dua pilihanraya kecil tersebut.

Muhyiddin gagal melakukan kesinambungan kebangkitan Gelombang Hijau di bumi Johor.

Bumi tempat kelahiran beliau sendiri.

Dalam artikata lain, rakyat di bumi kelahiran Muhyiddin sendiri menolak beliau.

Dan semakin bertambahlah koleksi kegagalan Muhyiddin sebagai pemimpin politik.

Maka sewajarnya Muhyiddin dinobatkan sebagai Juara Pemimpin Yang Gagal.

 

Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button