Penganggur kena jel setahun tunjuk kemaluan kepada kenalan wanita

Penganggur kena jel setahun tunjuk kemaluan kepada kenalan wanita

Penganggur kena jel setahun tunjuk kemaluan kepada kenalan wanita
Penganggur dipenjara 12 bulan atas kesalahan menunjukkan kemaluan kepada kenalan wanita melalui panggilan video, Ogos lalu. – Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan menunjukkan kemaluannya kepada seorang kenalan wanita di laman Facebook melalui panggilan video.

Majistret Don Stiwin Malanjun membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Raziman Ibrahim, 35, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa kerap kali menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berumur 38 tahun melalui panggilan video menggunakan telefon bimbit dengan niat melakukan perbuatan lucah.



Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Tanjung Batu Keramat, di sini, jam 3 petang pada 19 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap pada Ahad lalu (10 September 2023) selepas mangsa (pengadu) tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tawau pada 23 Ogos lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan



Penganggur kena jel setahun tunjuk kemaluan kepada kenalan wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button