2 tentera cedera kenderaan masuk gaung
2 tentera cedera kenderaan masuk gaung
IPOH: Dua anggota tentera cedera apabila kenderaan yang mereka dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 4.5 meter di Jalan Pahang, dekat Tapah, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima panggilan pada 9.50 pagi tadi sebelum dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati mangsa lelaki yang memandu Perodua Myvi cedera parah dan patah kaki kiri, manakala penumpang lelaki di bahagian depan cedera ringan dan mengalami patah tangan kiri,” katanya.
Sabarodzi berkata anggota tentera terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan dari kenderaan dan dibawa keluar dari lokasi kejadian.
“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
2 tentera cedera kenderaan masuk gaung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat