Bapa didakwa susulan penemuan mayat anak separuh beku
Bapa didakwa susulan penemuan mayat anak separuh beku

Paris: Seorang lelaki didakwa di Perancis atas tuduhan bunuh selepas anak lelakinya yang berusia tujuh tahun ditemukan meninggal dunia di bilik mandi di unit pangsapuri didiami mereka.
Mayat mangsa ditemukan di pangsapuri di bandar selatan Perpignan itu, Khamis lalu.
Pendakwa raya memaklumkan, mayat kanak-kanak lelaki itu ditemukan dalam keadaan lebam dan sebahagiannya beku.
Tertuduh yang berusia 28 tahun itu diletakkan dalam tahanan sebelum perbicaraan, kata pendakwa wilayah Jean-David Cavaille kepada AFP.
Lelaki itu juga didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh dua anak perempuan yang masing-masing berumur tiga dan empat tahun.
Sementara itu, bapa saudara dan nenek mangsa yang masing-masing berusia 33 dan 61 tahun dan kedua-duanya daripada sebelah bapa, didakwa kerana gagal melaporkan jenayah.
Bedah siasat kanak-kanak lelaki itu akan dilakukan hari ini.
Pendakwa raya memaklumkan, ibu mangsa pula diberi sokongan psikologi.
Sehingga kini, motif pembunuhan kanak-kanak itu masih belum terungkai.
Bapa didakwa susulan penemuan mayat anak separuh beku
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal