Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching
Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching
KUCHING: Seorang penuntut lelaki warganegara Bangladesh sebuah universiti swasta, di sini ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching, di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan kejadian itu jam 3.57 petang.
“Mayat mangsa berjaya dijumpai kira-kira jam 5.56 petang pada jarak tiga meter dari lokasinya dilaporkan jatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Irfan Saddiq berusia 21 tahun dan berasal dari Bangladesh.
Penuntut warga Bangladesh ditemukan lemas di Tebingan Kuching
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :