SPRM tahan penjawat awam di Sabah kemuka tuntutan palsu

SPRM tahan penjawat awam di Sabah kemuka tuntutan palsu

SPRM tahan penjawat awam di Sabah kemuka tuntutan palsu
Penjawat awam berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, di Kota Kinabalu, jam 10.40 pagi tadi.- Foto fail NSTP

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki membuat tuntutan palsu bagi pembekalan peralatan pertukangan bernilai RM17,200.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, di sini, jam 10.40 pagi tadi.

Sumber berkata suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai membuat tuntutan palsu membekalkan peralatan pertukangan kepada pelajar sebuah pusat latihan di negeri ini pada 2017 sedangkan pembekalan berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya.



Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Suspek dilepaskan dengan jaminan seorang penjamin sebanyak RM5,000 tanpa deposit dan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah esok pagi,” katanya.

SPRM tahan penjawat awam di Sabah kemuka tuntutan palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button