United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat
United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat
Tahniah diucapkan kepada semua peserta Perhimpunan Selamatkan Malaysia.
Dan sudah tentu tahniah itu diberikan secara khusus kepada 2 individu yang menggerakkan perhimpunan tersebut.
Walau pun mereka dilapurkan hilang di hari kejadian, Putera Gunung Ledang dan Wan Fahysal.
Atas usaha dan keberanian mereka semua, akhirnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu @ PBB @ United Nation akhirnya terpaksa mengesahkan Malaysia sebagai negara yang sudah selamat.
Memang sebelum ini ada perhimpunan Selamatkan Malaysia yang disertai oleh Dr Mahathir dan beberapa pemimpin politik.
Tetapi perhimpunan itu tidak sebesar dan tidak memberikan kesan sangat sebagaimana perhimpunan pada 16 Mei 2023.
Harakah Daily melaporkan ribuan peserta hadir menyertai perhimpunan tersebut.
Walau pun PDRM hanya menganggarkan sekitar 800 hingga 850 orang sahaja yang hadir, etapi penulis percaya kepada Harakah Daily.
Mana mungkin lidah rasmi parti pak lebai aka parti kerengga menipu.
Pengiktirafan PBB itu memberikan makna yang cukup besar kepada rakyat dan negara Malaysia.
Tetapi Malaysia kini sudah selamat dari apa?
- Pulau Batu Puteh telah SELAMAT ditangan Singapura
- Kapal Equanukutty SELAMAT ditangan Genting
- PETRONAS SELAMAT dijarah RM80 bilion
- GST SELAMAT dikebumikan
- Hutang RM686 bilion SELAMAT dinaikan kepada RM1.2 trilion
- Aset berpuluh bilion SELAMAT digadai termasuk DUO gantian Tanjung Pagar, IHH dan Alibaba dan dijual kepada entah siapa
- Berpuluh bilion duit SELAMAT dibelanjakn oleh Muhyiddin waktu darurat tanpa dapat ditanya dan dibahas kemana pergi nya kerana PNyamun lari dari Parlimen
- Hutang Samurai Bon SELAMAT diambil dan rakyat tanggung bayar sampai 7 keturunan
- Tanah Tabung Haji SELAMAT dikekah
- Duit KWAN RM5 bilion SELAMAT diusik, 60 tahun BN tak pernah sentuh duit tu.
- Bossku SELAMAT dipenjarakan dengan kes rekaan siap lengkap dengan pakej hakim terpilih dan skrip bersalah sudah siap lama sebelum habis bicara
Rakyat dapat apa?
Sebahagian rakyat SELAMAT ditipu dan ditunggang oleh pemimpin-pemimpin kerengga.
United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
Temui Kami: