Hantaran IG Bekas Isteri ND Lala Sekali Lagi Curi Perhatian
“Kita Ternyata Lebih Baik Tanpanya”
Hantaran IG Bekas Isteri ND Lala Sekali Lagi Curi Perhatian
Bekas isteri kepada penyanyi veteran Dato’ ND Lala iaitu Fauziah Sarman meluahkan isi hati seolah-olah sudah ‘move on’ dengan kontroversi yang melanda dirinya sejak bertahun lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie memuat naik foto bahagia bersama empat orang anak dan cucu-cucu kesayangannya.
Tulis Mamazie di ruangan kapsyen, dia akhirnya memahami hidup ini adalah susunan takdir tentang hadir dan perginya seseorang.
Dia juga menyedari perginya seseorang adalah petanda bermulanya kehidupan baru. Malah, dia ‘tumbuh’ kembali dengan pelbagai cara tanpa sebarang penyesalan, beban ingatan dan harapan untuk kembali.
Akhirnya dia pergi, dan kita ternyata lebih baik tanpanya.
Meninjau di Instagram Story, Mamazie ada memuat naik pesanan mengenai perangai ‘munafik’ seseorang yang menipu orang sekeliling dengan perwatakan yang dibawa.
Terdahulu, Fauziah meluahkan tentang sikap bekas suaminya yang dikatakan pernah mengabaikan nafkah isteri dan keluarga selama bertahun-tahun.
Dakwanya, kehidupan mereka sekeluarga selama ini disara anak sulung, Shila Amzah kerana ND Lala tidak mempunyai pekerjaan.
Kredit: Instagram Fauziah Sarman
Hantaran IG Bekas Isteri ND Lala Sekali Lagi Curi Perhatian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat