Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid

Kemunafikan PN Dan 'Kepelikan' DNAA Zahid

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid

Isu keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) DS Zahid terus dimainkan dan dipolitikkan oleh pemimpin Perikatan Nasional.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Timb Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ia adalah bola tanggung dan rugi kalau tidak dimainkan.

Naratif yang cuba ditanam dalam pemikiran rakyat adalah isu tersebut adalah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini.



Naratif kedua yang cuba ditanamkan adalah berlakunya salah guna kuasa dalam memberi tekanan kepada Jabatan Peguam Negara supaya menggugurkan kes tersebut.

Pelbagai cara Perikatan Nasional gunakan untuk membesar-besarkan ‘isu’ yang sebenarnya bukan satu isu.

Persoalannya, apakah Perikatan Nasional tidak sedar, dengan memainkan isu tersebut, mereka sebenarnya mencabar kesahihan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa, menghentikan atau menangguhkan pendakwaan yang sedang dibicarakan pada bila-bila masa.



Itu jelas tercatat dalam Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai badan legislatif, menjadi tanggungjawab ahli parlimen Perikatan Nasional untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ini jelas ada dalam sumpah mereka ketika dilantik sebagai ahli parlimen.

Jadi, di mana rasionalnya, pada satu waktu mereka bersumpah untuk mempertahankan perlembagaan.



Dan di satu yang lain, mereka sendiri yang mempertikaikannya.

Pihak Jabatan Peguam Negara sudah pun memberikan 11 alasan mengapa pendakwaan ke atas DS Zahid mesti dihentikan.

Malah mantan Peguam Negara sendiri sudah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menerangkan isu tersebut.

Apakah ahli politik Perikatan Nasional masih tidak faham atau mereka sengaja tidak mahu faham dengan keterangan yang telah diberi.



DNAA kepada pertuduhan DS Zahid juga bukanlah tidak pernah berlaku dalam sistem perundangan negara sebelum ini.

Beratus kes yang telah diberikan DNAA sebelum ini, jadi apa yang peliknya?

 

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button