MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

Allahyarham P Ramlee pernah berpesan, kalau kita salah pangkah, akhirnya kita akan dapat tahi.

Memanglah pesanan dari Allahyarham P Ramlee dalam filem Ali Baba Dan 40 Penyamun boleh dianggap sebagai lawak.

Tetapi realitinya, dalam pesanan Allahyarham P Ramlee ada sindirannya dan dalam sindirannya ada kebenarannya.



Dan kebenaran itu sudah nampak dengan jelas sekarang.

Dalam PRU 15, Barisan Nasional meletakkan calon bekas setiausaha sulit kanan kepada tiga menteri besar Kedah, Armishah Siraj.

Tetapi hanya kerana sedikit keuntungan yang bernilai tidak sampai RM100, Armishah ditolak.

Rakyat Langkawi memilih Suhaimi Abdullah dari PPBM/Perikatan Nasional.



Akibatnya, rakyat Langkawi terpaksa redha apabila parlimen Langkawi akan diwakili oleh ahli parlimen yang berfikiran separa matang selama 5 tahun.

Permintaan Di Luar Kotak Atau Permintaan Tak Ada Otak

 

Dalam perbahasan di parlimen, ahli parlimen Langkawi, Suhaimi Abdullah mengetengahkan rungutan rakyat Langkawi tentang perkhidmatan Feri.



Menurut Suhaimi, perkhidmatan Feri antara Kuah ke Alor Setar yang hanya 3 kali sehari telah menyebabkan kesesakan dan rungutan rakyat tempatan.

Beliau persoalkan, mengapa ketika LIMA, perkhidmatan feri tersebut boleh digandakan kepada 6 kali sehari.

Mengapa tidak ianya dilakukan pada hari-hari biasa.

Rasanya budak sekolah rendah pun tahu apa sebabnya.



Sudah pasti keperluan kepada perkhidmatan perkhidmatan feri ketika LIMA akan meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

Persoalannya, adakah permintaan feri pada hari biasa juga menyamai permintaan perkhidmatan feri ketika LIMA?

Kalau benar ada, di mana datanya supaya boleh dibuat perbandingan?

Paling ‘win’, apabila Suhaimi mencadangkan kepada kerajaan supaya mengadakan perkhidmatan MRT dari Kuah ke Langkawi.



Bagi penulis, ini bukan cadangan tidak masul akal, tapi ini cadangan orang yang tidak ada akal.

Hanya untuk menampung penambahan permintaan yang sedikit, beliau mahu kerajaan membelanjakan puluhan bilion!!!

Benarlah sindiran P Ramlee, salah pangkah, dapat taik.

 



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button