PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN

PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN

PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN

PAS semakin besar kepala dan mula memberikan mesej kepada PPBM bahawa merekalah abang besar di dalam Perikatan Nasional.

Secara adil, PAS sememangnya layak untuk bersikap deperti itu.

PAS menguasai 4 kerajaan negeri, manakala PPBM pula hanya menumpang di dalam 4 kerajaan negeri tersebut.



Di peringkat pusat pula, PAS mempunyai lebih banyak kerusi parlimen berbanding PPBM.

Dalam pilihanraya di 6 negeri yang lepas, tidak ada calon PAS yang kehilangan duit deposit, manakala PPBM hilang duit deposit di 18 DUN.

Jadi secara logiknya, tidak ada sebab mengapa PAS mesti tunduk kepada kehendak dan arahan PPBM lagi.

Perkembangan terbaru menunjukkan bagaimana PAS kini sudah secara terang-terangan berani mencabar kesabaran PPBM, terutamanya Muhyiddin.



Penulis difahamkan, tanpa persetujuan Muhyiddin, PAS melantik Dr Mahathir sebagai penasihat kepada 4 negeri di bawah pentadbiran mereka (SG 4).

PPBM beranggapan, tindakan PAS itu boleh diibaratkan seperti membuka pintu kepada orang yang akan memecahbekahkan Perikatan Nasional.

Tanpa mempedulikan bantahan dari PPBM, PAS meneruskan pelantikan Dr Mahathir sebagai penasihat SG 4.

Tindakan PAS itu dikatakan telah menimbulkan kemarahan kepada Muhyiddin dan beberapa pemimpin kanan PPBM.



Mereka merasakan PAS kini sudah mula mengkhianati mereka ketika mereka sudah kekurangan dana dan beberapa pemimpin PPBM berhadapan kes mahkamah.

Namun tidak ada apa yang mereka dapat lakukan kerana survivor PPBM sebenarnya bergantung kepada PAS.

Manakala PAS pula merasakan, sudah tidak ada keperluan berkerjasama dengan PPBM yang kini sudah kekeringan dana.

PAS tahu, ketika ini PPBM memerlukan mereka untuk terus relevan dalam politik tanah air.



PPBM tidak mempunyai jentera di peringkat akar umbi sebagaimana PAS.

Jika sebelum ini PAS memerlukan PPBM kerana ketiadaan dana untuk menggerakkan jentera mereka.

Kini PPBM sendiri sudah menghadapi masalah kewangan dan kroni Dr Mahathir boleh memberikan dana kepada PAS.

Persoalannya, apakah masa hadapan dan hala tuju Perikatan Nasional selepas ini?



 

PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button