Citizens menang, tapi Silva cedera

Citizens menang, tapi Silva cedera

Citizens menang, tapi Silva cedera
SILVA dikatakan mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa dikeluarkan pada babak pertama ketika City menang 3-1 ke atas Red Star Belgrade di Stadium Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya terpaksa membayar harga mahal selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Red Star Belgrade pada aksi pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Situasi ini disebabkan perancang utama pasukan, Bernardo Silva mengalami kecederaan ­serius sehingga terpaksa dikeluarkan pada babak pertama dan digantikan dengan Jeremy Doku.

Kata Guardiola, kecederaan yang dialami oleh Silva sedikit sebanyak meresahkan pasukan selepas beberapa pemain utama seperti Kevin de Bruyne, Jack Grealish, Mateo Kovacic dan John Stones turut disisihkan.



“Ramai pemain utama kami kini cedera tetapi saya tidak akan merungut dan inilah hakikat yang perlu kami tempuh. Kece­deraan adalah salah satu lumrah dalam bola sepak tetapi apa yang penting mentaliti pasukan.

“Buat masa ini, saya belum tahu status Silva tetapi nampak serius. De Bruyne dan Stones di­sisihkan untuk tempoh yang lama dan hanya Kovacic serta Grealish yang mungkin dapat kembali seawal minggu depan,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan awal pagi semalam, Guar­diola memuji impak yang dipamerkan oleh Julian Alvarez yang berjaya meledak dua gol selain satu jaringan tambahan menerusi Rodri.

“Alvarez adalah penyerang yang memiliki penyudah yang ­tajam. Bermain di belakang Erling Haaland telah meningkatkan lagi kualitinya dan saya sangat gembira kita dapat menandatangani sebelum ini,” katanya. – AGENSI

Citizens menang, tapi Silva cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button