Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah

Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah

Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah
(Dari kiri) Pengerusi Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s, Mohd Shahadan Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli; Presiden MCOBA, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin dan Amrul Hazarin Hamidon pada majlis pelancaran kejohanan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) kembali menganjurkan Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) edisi 2023 selepas kali terakhir diadakan pada tiga tahun lalu.

Kejohanan P7s yang dianjurkan buat kali ke-11 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober di MCKK, Kuala Kangsar

Kejohanan yang pastinya menarik ramai peminat ragbi itu bakal menyaksikan saingan sengit dengan kehadiran pasukan antarabangsa seperti Jepun dan Indonesia bagi merebut mahkota kejuaraan MCKK P7s, yang dianjurkan buat kali kali ke-11.



Saingan tiga hari itu bakal menyaksikan kehadiran semula juara edisi terdahulu seperti Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), serta tuan rumah, MCKK.

Sudah pasti, kehadiran pasukan seperti Maktab Tentera Diraja (MTD), SMK Victoria (VI) Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya tidak boleh dipandang remeh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Pada edisi 2020, EC dari Johor Bahru muncul juara buat kali pertama selepas menewaskan SSTMI dengan keputusan dramatik 15-12 dalam aksi final.

Kemenangan bergaya EC membolehkan pasukan itu menjulang trofi berprestij, NJ Ryan buat pertama kali sejak kejohanan ragbi peringkat remaja itu diperkenalkan pada edisi 2011.

Kejohanan MCKK P7s ini dianjurkan sebagai pemangkin peningkatan mutu dan tahap permainan sukan ragbi di peringkat sekolah selain memupuk minat generasi muda terhadap sukan ragbi. – KOSMO! ONLINE

Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading