Ramai pelajar tingkatan 4 dan 5 tunggang motosikal tanpa lesen

Oleh – Syeikh Baran


Sehubungan itu, pihaknya mahu menghidupkan semula program kesedaran keselamatan jalan raya iaitu Pendidikan Lalulintas JPJ di seluruh negara, bermula tahun ini.

“Tahap kesedaran masih rendah, ramai dalam kalangan pelajar sekolah tingkatan empat dan lima yang menunggang motosikal tanpa lesen, tanpa insuran, tidak memakai topi keledar dan juga motosikal telah diubahsuai.

“Disebabkan itu mereka bertindak melarikan diri apabila ternampak sekatan jalan raya. Di Johor sahaja, kita kesan sebanyak 325 kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen dalam kalangan individu bawah umur tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pendidikan Lalulintas JPJ Negeri Johor 2024 di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat muncul johan Pertandingan Pendidikan Lalulintas JPJ Negeri Johor 2024 yang diadakan di JPNJ, Johor Bahru, hari ini.

Tahap kesedaran terhadap aspek keselamatan jalan raya dalam kalangan golongan muda di negara ini termasuk pelajar tingkatan empat dan lima masih rendah.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ibrahim Mohd. Yusof berkata, hal itu kerana ramai dalam golongan tersebut masih dikesan menunggang motosikal tanpa lesen.



Sehubungan itu, pihaknya mahu menghidupkan semula program kesedaran keselamatan jalan raya iaitu Pendidikan Lalulintas JPJ di seluruh negara, bermula tahun ini.

“Tahap kesedaran masih rendah, ramai dalam kalangan pelajar sekolah tingkatan empat dan lima yang menunggang motosikal tanpa lesen, tanpa insuran, tidak memakai topi keledar dan juga motosikal telah diubahsuai.

“Disebabkan itu mereka bertindak melarikan diri apabila ternampak sekatan jalan raya. Di Johor sahaja, kita kesan sebanyak 325 kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen dalam kalangan individu bawah umur tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pendidikan Lalulintas JPJ Negeri Johor 2024 di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button