Ranking Harimau Malaya melonjak ke-134 dunia

Ranking Harimau Malaya melonjak ke-134 dunia

Ranking Harimau Malaya melonjak ke-134 dunia
Skuad Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan Syria dan China pada aksi antarabangsa baru-baru ini. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Seperti dijangka, dua keputusan seri di pentas antarabangsa pada awal bulan lalu telah berjaya melonjakkan ranking Harimau Malaya daripada kedudukan ke-136 hingga berada di tempat ke-134 dunia.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon telah naik dua anak tangga sekali gus berada di landasan yang tepat sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia 2023 nanti.

Penambahan mata ranking itu berdasarkan perkiraan semasa termasuk dua keputusan seri ke atas Syria (2-2) dan China (1-1) yang berjaya dicatat pada aksi persahabatan di Chengdu, China baru-baru ini.



Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Vietnam berada di kedudukan 95 dunia (
1243.14 mata), Thailand berada di posisi ke-114 dunia (1181.21 mata) manakala Filipina berada di tempat ke-132 dunia (1099.29 mata).

Skuad kebangsaan pula mengumpul 1094.9 mata dan lebih tinggi berbanding negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-147 (1052.87 mata) dan Singapura di tempat 157 dunia (1016.47 mata). – KOSMO! ONLINE

Ranking Harimau Malaya melonjak ke-134 dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button