5 bilik darjah SK Permatang Tok Kandu terbakar
5 bilik darjah SK Permatang Tok Kandu terbakar
PERMATANG PAUH: Lima bilik darjah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 6.02 petang berhubung insiden itu.
Katanya, pasukan dari BBP Penanti, Kepala Batas dan Bayan Baru turut ke lokasi bagi membantu operasi memadam kebakaran berkenaan.
“Sejurus tiba anggota mendapati kebakaran berlaku membabitkan lima kelas di tingkat tiga sekolah itu.
“Tiga kelas musnah 100 peratus, dua lagi 40 peratus. Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.31 petang dan operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu memandangkan sesi persekolahan sudah tamat.
Terdahulu, tular video dan gambar di media sosial memaparkan kejadian kebakaran yang meranapkan hampir sebahagian struktur bangunan tiga tingkat sekolah itu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan sedang menuju ke sekolah itu untuk meninjau situasi dengan lebih rapat bagi tujuan selanjutnya.
5 bilik darjah SK Permatang Tok Kandu terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :