Rusia haram eksport petrol, diesel

Rusia haram eksport petrol, diesel

Rusia haram eksport petrol, diesel
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters

Moscow: Rusia mengharamkan eksport gas dan diesel pada Khamis, berkuat kuasa serta merta dalam usaha menstabilkan pasaran bahan api domestik, lapor agensi berita dpa.

Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Mikhail Mishustin, namun tiada tarikh tamat diberikan.

“Sekatan sementara akan membantu memenuhi pasaran bahan api, yang seterusnya akan membolehkan penurunan harga untuk pengguna,” kata kerajaan dalam satu kenyataan di Moscow.



Hanya beberapa pengecualian akan dibenarkan, termasuk bekalan yang dipersetujui negara dalam Kesatuan Ekonomi Eurasia yang didominasi Moscow, termasuk negara seperti Kazakhstan dan Belarus, lapor agensi berita Interfax.

Langkah itu diambil susulan kenaikan mendadak harga bahan api di Rusia.

Di sesetengah wilayah, bekalan petrol dan diesel sudah kekurangan terutamanya di selatan tanah air yang penting untuk pertanian.

Kerajaan sebelum ini cuba meningkatkan jumlah bahan api yang didagangkan di bursa domestik.



Ia secara khusus memantau harga yang perlu dibayar oleh pengguna pertanian.

Rusia masih menjadi salah satu pengeksport utama petrol dan diesel, walaupun sekatan Barat terhadap perangnya di Ukraine.

Rusia haram eksport petrol, diesel


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button